ARTIKEL

BAHAGIAN belakang Rumah Panjang Adal dekat Nanga Tiga yang terkena tanah runtuh di sini, semalam.

Dua kes tanah runtuh di Betong

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Dua laporan kejadian tanah runtuh yang masing-masing melibatkan penduduk dari rumah panjang dan persendirian diterima oleh pasukan bomba dari Bomba dan Penyelamat Betong, semalam.

Ketua Bomba dan Penyelamat Betong Vincent Baling Yabi mengesahkan, lokasi pertama berlaku di Rumah Panjang Sanda dekat Jambu Kerampak melibatkan sebuah rumah persendirian yang didiami dua penghuni.

BAHAGIAN belakang Rumah Panjang Adal dekat Nanga Tiga yang terkena tanah runtuh di sini, semalam.

Menurutnya, keluasan runtuhan yang berlaku di bahagian belakang rumah dianggarkan 30×10 meter persegi.

“Sementara lokasi kedua di Rumah Panjang Adal dekat Nanga Tiga dengan empat daripada 30 pintu terjejas,” katanya dihubungi, semalam.

Jelasnya, empat bilik yang terjejas adalah bernombor 10, 11, 12 dan 13.

“Keempat-empat bilik tersebut didiami 13 penghuni.

“Hasil pemeriksaan, kita mendapati dinding belakang dapur terkena tanah runtuh.

Manakala atap rumah rosak akibat dihempap pokok,” ujarnya.

Vincent menasihatkan penduduk agar menjauhi kawasan tanah runtuh dan lebih berwaspada sekiranya hujan lebat masih berlaku.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perintah Sarawak melanja sekula anak

KUCHING: Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg datai bejadi Pengawa Nyua Pemer i Perintah Sarawak ngagai waris staf Servis L utur