KUCHING: Jalan menuju ke Bulatan Intan Samarahan dan Jalan Dato Mohd Musa menuju ke bulatan Intan ditutup separuh jalan bermula 6 hingga 18 Februari ini.
Menurut Jabatan Kerja Raya (JKR) Sarawak, penutupan itu bermula 9 pagi hingga 4 petang sepanjang tempoh tersebut untuk kerja-kerja pembaikan dan penurapan semula permukaan jalan raya.
Sehubungan itu, para pengguna dinasihati untuk berhati-hati semasa memandu di laluan tersebut semasa tempoh berkenaan dan mematuhi segala pengurusan trafik untuk keselamatan sehingga tamat kerja-kerja pembaikan.

“Pihak Pejabat JKR Samarahan juga akan memaklumkan dari semasa ke semasa sekiranya terdapat sebarang perubahan pada tarikh, waktu atau kawasan yang terlibat dengan kerja- kerja ini.
“Pengguna jalan raya turut dinasihatkan untuk merancang perjalanan di kawasan- kawasan yang terlibat,” kata kenyataan itu lagi.
Untuk sebarang aduan atau pertanyaan lanjut berkaitan dengan aliran trafik tersebut, hubungi Pejabat JKR Bahagian Samarahan melalui talian 082-671076 pada waktu pejabat.



