ARTIKEL

Dua laporan tanah runtuh diterima

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KAPIT: Dua laporan kejadian tanah runtuh yang masing-masing melibatkan sebuah jambatan dan beberapa orang penghuni dari rumah persendirian telah diterima oleh pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kapit, semalam.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak berkata, lokasi pertama melibatkan sebuah rumah persendirian di Sebuluh Kilo 5 Pelajau yang didiami lima orang penghuni.

“Kami telah memeriksa status rumah yang terlibat dan mendapati sebahagian dari bahagian dinding dapur telah runtuh akibat dari runtuhan tanah.

“Seramai lima orang penghuni terjejas, namun kesemua mereka dalam status selamat, dan telah menetap di rumah saudara terdekat,” katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Sementara itu katanya, lokasi kedua pula telah menyebabkan berlakunya runtuhan jambatan di Rumah Nuang, Jalan Bukit Goram.

Katanya, runtuhan melibatkan sebuah jambatan lama yang dalam proses untuk dirobohkan telah runtuh disebabkan oleh hujan lebat.

Tambahnya pula, sebuah tiang simen jambatan baharu yang berada bersebelahan juga turut terjejas dalam kejadian tersebut.

Pasukan bomba telah bertindak memasang sawar-sawar atau pita keselamatan di sekitar kawasan kedua-dua lokasi runtuhan.

Selain itu, pihak bomba turut menasihati penghuni rumah serta penduduk di kawasan sekitar agar tidak berada dekat dengan kawasan runtuhan.

Kejadian tanah runtuh yang telah memusnahkan sebahagian daripada dapur sebuah rumah persendirian di Sebuluh Kilo 5 Pelajau di sini semalam
Bomba melakukan pemantauan di lokasi tanah runtuh yang telah memusnahkan sebuah jambatan lama Rumah Nuang, Jalan Bukit Goram

BERITA LAIN

BERITA TERBARU