ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua lelaki bergaduh didenda RM1,000

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Akibat gagal mengawal emosi, dua lelaki menerima padah apabila masing-masing diarahkan membayar denda RM1,000 atau berhadapan dengan hukuman penjara sebulan oleh Mahkamah Majistret di sini pada Isnin.

Che Ahmad Azrin Ahmad, 29, yang berasal dari Terengganu, dan Andy Sim Kiat Siong, 33, penduduk tempatan dari Lorong Permai Timur 10, mengaku bersalah atas tuduhan bergaduh di tempat awam sehingga mengganggu ketenteraman awam.

Pertuduhan terhadap mereka dibuat di bawah Seksyen 159, dan mereka dihukum mengikut Seksyen 160 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga enam bulan, denda maksimum RM1,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

Kes pergaduhan ini berlaku pada 18 Januari lalu sekitar jam 8 malam di Jalan Diong Kik.

Menurut fakta kes, Andy dilaporkan bertindak menendang pintu kereta milik Che Ahmad sebelum menumbuknya.

Rentetan perbuatan itu, ia  mencetuskan pergaduhan yang menyebabkan kedua-duanya mengalami kecederaan.

Siasatan mendapati bahawa insiden itu berpunca daripada dakwaan Andy bahawa Che Ahmad memandu dengan cara yang berbahaya, dan mengekorinya dari Jalan Deshon hingga ke lokasi kejadian.

Andy, yang hilang kesabaran, mengambil tindakan melulu yang akhirnya membawa kedua-duanya ke muka pengadilan.

Pendakwaan dikendalikan oleh Inspektor Kumareswaran Murugan, sementara kedua-dua tertuduh tidak diwakili peguam.

Selepas keputusan diumumkan, mereka kemudian menjelaskan denda masing-masing.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU