ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua lelaki didenda RM3,000 kerana merokok di kedai makan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki masing-masing dijatuhi hukuman denda RM3,000 oleh Mahkamah Majistret atas kesalahan merokok di kawasan larangan iaitu di kedai makan.

Menurut kenyataan media Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak (JKNS), tertuduh pertama mengaku bersalah atas pertuduhan di bawah Seksyen 16(2) Akta Kawalan Produk Merokok Demi Kesihatan Awam 2024 dibaca bersama Seksyen 16(3) Akta yang sama yang memperuntukkan hukuman denda RM5000.

Manakala tertuduh kedua mengaku bersalah atas dakwaan mengikut Peraturan 11(1) Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau 2004 dibaca bersama Peraturan 11(3) peraturan yang sama.

Tertuduh telah diberi notis kesalahan dan diberi peluang selama dua bulan untuk ditawarkan kompaun di mana-mana Pejabat Kesihatan namun gagal menghadirkan diri sehingga tamat tempoh menyebabkan kes telah difailkan di Mahkamah untuk tindakan lanjut.

Tertuduh juga telah diberi peringatan sebelum ini namun masih gagal hadir ke mana-mana Pejabat Kesihatan.

Berdasarkan fakta kes, kejadian berlaku ketika Ops Rokok dijalankan oleh Pasukan Penguatkuasaan Pejabat Kesihatan Bahagian Kuching di sekitar Kuching.

Kedua-dua kes dibacakan secara berasingan di hadapan Majistret Ling Hui Chuan.

Semasa prosiding, Pegawai Pendakwa Mohd Fairos Ibrahim memohon agar hukuman setimpal dikenakan terhadap kedua-dua tertuduh sebagai pengajaran.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU