KUCHING: Dua lelaki tempatan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun dan tiga sebatan oleh Mahkamah Seksyen Kuching semalam selepas didapati bersalah melakukan samun berkumpulan bersenjata di sebuah rumah di kawasan Taiton, Bau pada Ogos 2025.
Menurut Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd. Haide A. Rahman, kedua-dua suspek ditahan hasil risikan dan siasatan rapi oleh Bahagian Siasatan Jenayah IPD Bau selepas mangsa melaporkan kehilangan sejumlah wang tunai dan barang kemas dalam kejadian tersebut.
“Suspek didakwa di bawah Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara dan sebatan bagi kesalahan samun berkumpulan menggunakan senjata,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Pihak polis akan terus komited membanteras jenayah dan menyeru orang ramai untuk menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti jenayah kepada pihak berkuasa bagi memastikan keselamatan komuniti sentiasa terjamin. – TVS

Pencegahan Dadah Perlukan Kerjasama Berterusan Semua Pihak
BINTULU: Program Mini Bowling: Strike Out Drugs! bukan sahaja menjadi wadah menggalakkan gaya hidup sihat, malah berperanan meningkatkan kesedaran masyarakat dengan bahaya penyalahgunaan dadah, khususnya
