ARTIKEL

Dua lelaki dipenjara setahun kerana curi kereta Proton Wira dan motosikal Honda C70

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua lelaki di sini masing-masing dijatuhkan hukuman penjara setahun oleh Mahkamah Majistret hari ini atas kesalahan mencuri kenderaan.

Andrew Luk Irak, 25, dituduh mencuri sebuah kereta Proton Wira pada 21 Februari 2024, kira-kira jam 4.03 pagi di hadapan sebuah restoran di Persiaran Brooke.

Tertuduh kemudian ditangkap polis peronda setelah pemilik kenderaan berkenaan menyedari perbuatan tertuduh.

Tertuduh mengaku bersalah atas tuduhan tersebut di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan yang dibacakan bersama Seksyen 511 kanun sama, yang memperuntuklan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda.

Mahkamah kemudian memerintahkan tertuduh menjalankan hukuman penjara itu bermula daripada tarikh penahanannya iaitu pada 21 Februari lalu.

Dalam kes berasingan di mahkamah sama, Ahmad Tarmizi, 40, turut mengaku bersalah di mencuri sebuah motosikal Honda C70.

Ahmaddiarah menjalankan hukuman penjara berkuat kuasa daripada tarikh penahanannya, iaitu 9 Mei lepas, di bawah Seksyen 379A(1) Kanun Keseksaan.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang daripada setahun dan tidak lebih daripada tujuh tahun dan juga boleh dikenakan denda jika sabit kesalahan.

Tertuduh melakukan kesalahan itu pada 9 Mei lepas, kira-kira jam 12 tengah hari di tempat parkir motosikal Arked MARA di Jalan Mission.

Ahmad ditahan kira-kira jam 2.55 petang hari yang sama di Jalan Heing Hung oleh anggota polis peronda.

BERITA LAIN

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri

BERITA TERBARU

Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan STEM

KUCHING: Generasi masa hadapan harus dilibatkan dengan bidang sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) pada usia muda. Menteri Pendidikan, Inovasi dan Pembangunan Bakat, Datuk Seri