ARTIKEL

RAMPAS…Dadah yang dirampas susulan penahanan dua lelaki dalam serbuan di Kampung Rampangi, di sini, Sabtu lalu.

Dua lelaki ditahan bersama dadah di Kuching

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua lelaki tempatan yang disahkan positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine ditahan polis selepas didapati memiliki dadah disyaki syabu seberat 5.20 gram dalam serbuan di Kampung Rampangi, di sini, Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Kuching, ACP Alexson Naga Chabu berkata, kedua-dua suspek berusia 36 dan 39 tahun itu ditahan kira-kira 3.45 petang oleh sepasukan pegawai dan anggota daripada Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuching.

“Pemeriksaan ke atas kedua-dua suspek menemukan dadah disyaki jenis syabu seberat 5.20 gram dengan nilai pasaran dianggarkan RM572,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Alexson, semakan rekod jenayah lampau mendapati kedua-dua suspek tidak mempunyai sebarang rekod kesalahan jenayah.

Beliau berkata, kedua-dua suspek direman selama dua hari bermula hari ini hingga 1 Julai bagi membantu siasatan.

“Kes disiasat mengikut Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak kurang dua tahun dan tidak melebihi lima tahun serta sebatan tidak kurang tiga kali dan tidak melebihi sembilan kali, jika sabit kesalahan,” jelas beliau.

Alexson berkata, kejayaan tersebut hasil risikan berterusan serta kerjasama orang awam dalam menyalurkan maklumat berkaitan kegiatan penyalahgunaan dan pengedaran dadah.

Tegasnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak akan berkompromi terhadap mana-mana individu yang terbabit dalam aktiviti memiliki, mengedar atau melindungi kegiatan dadah kerana ia merupakan kesalahan serius di sisi undang-undang.

“Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik komited meneruskan usaha membanteras penyalahgunaan dan pengedaran dadah demi melindungi generasi masa kini serta akan datang.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan aktiviti dadah diminta menyalurkannya melalui Hotline JSJN di talian 012-208 7222 atau Hotline JSJN IPK Sarawak di talian 017-592 9211,” katanya.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Budayakan sukan demi Visi 2030

MUKAH: Sambutan Hari Sukan Negara Peringkat Bahagian Mukah menjadi platform menggalakkan masyarakat menjadikan aktiviti sukan dan rekreasi sebagai sebahagian daripada gaya hidup sihat. Pegawai Belia