ARTIKEL

DUA suspek yang ditahan kerana mencuri getah skrap.

Dua Lelaki Ditahan Curi Getah Skrap di Depo RISDA Ulu Awik


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Kegiatan mencuri getah skrap di Depo Risda Ulu Awik dengan mengambil kesempatan ketika pekerja berehat tengah hari akhirnya terbongkar apabila polis menahan dua lelaki berusia 30 dan 26 tahun.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, siasatan awal mendapati suspek pertama mengaku pergi ke lokasi kejadian bersama-sama suspek kedua menggunakan sebuah kenderaan jenis Nissan Navara berwarna hitam milik seorang lagi suspek yang masih bebas.

“Setibanya di lokasi, mereka mengambil empat guni getah skrap pada 15 Ogos lalu melalui jalan belakang depo berkenaan ketika pekerja sedang berehat untuk makan tengah hari,” katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, getah skrap yang dicuri itu kemudiannya dijual kepada seorang lelaki warga Cina yang bekerja sebagai pembeli getah bergerak menggunakan lori dan berasal dari Sarikei.

Beliau berkata, hasil siasatan turut mendapati kedua-dua suspek mengaku melakukan kegiatan mencuri getah skrap di Depo RISDA Ulu Awik beberapa kali bersama rakan mereka.

“Wang hasil jualan getah skrap itu dibahagikan sama rata di antara mereka untuk membeli bekalan dadah,” ujarnya.

Mathew berkata, kes berkenaan disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.

Tambahnya, suspek pertama turut mempunyai tiga rekod jenayah lampau berkaitan kesalahan senjata api dan dadah.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU