ARTIKEL

TAHNIAH...Dr Ripin menyampaikan sijil kepada pelajar sambil disaksikan (dari kiri) Mohd Yasir dan Baharom.

Geran permulaan, latihan percuma galak belia ceburi bidang keusahawanan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA SAMARAHAN: Kerajaan Sarawak menyediakan sokongan geran permulaan dan latihan intensif percuma menerusi Sarawak Youth Startup Program bagi menggalakkan lebih ramai golongan muda menceburi bidang keusahawanan.

Timbalan Menteri Belia, Sukan dan Pembangunan Usahawan Sarawak (Pembangunan Usahawan) Datuk Dr Ripin Lamat berkata, program itu memberi peluang kepada belia mendapatkan pendedahan dan bimbingan sebelum memulakan perniagaan.

“Peserta terpilih mengikuti latihan intensif selama lapan hari tanpa bayaran, termasuk kemudahan makanan dan pengangkutan.

PERKASA BELIA…Dr Ripin ditemani tetamu kehormat lain dan para pelajar merakam gambar bersama-sama.

“Sokongan berkenaan bertujuan membantu golongan muda membina asas perniagaan, selain memberi peluang kepada mereka merealisasikan idea keusahawanan,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Program Bicara Ilmu Minda Tekno, Kelebihan Kecerdasan Buatan di Kolej Teknologi Termaju (ADTEC) Jabatan Tenaga Manusia (JTK), di sini, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Ripin memberitahu, graduan institusi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) juga digalakkan menceburi bidang tersebut dengan memanfaatkan kemahiran yang diperoleh sepanjang pengajian.

Jelasnya, kemahiran teknikal perlu disertai pengetahuan pengurusan perniagaan, kewangan dan pemasaran bagi memastikan usaha yang dimulakan mampu berkembang.

Beliau turut menggalakkan golongan muda meneroka bidang keusahawanan melalui koperasi kerana pendekatan itu membolehkan mereka menggabungkan kepakaran dan sumber untuk menjalankan aktiviti ekonomi.

Menurutnya, belia perlu melihat ilmu dan pengetahuan sebagai modal penting dalam membangunkan perniagaan, selain berani mengambil peluang serta bersedia mempelajari perkara baharu.

Dalam perkembangan teknologi, Dr Ripin mengingatkan golongan muda supaya menggunakan kecerdasan buatan (AI) secara bijak dan tidak menerima maklumat yang diperoleh bulat-bulat tanpa membuat semakan.

Selain itu, beliau menegaskan, usaha memperkukuh keusahawanan belia selari dengan aspirasi Strategi Pembangunan Pasca-COVID-19 2030 (PCDS 2030) untuk membangunkan ekonomi Sarawak yang lebih mampan dan berdaya saing.

BERITA LAIN

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta

BERITA TERBARU

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta