ARTIKEL

Gambar hiasan

Kes Khianat Dengan Api Kedai Serbaneka: Seorang Lagi Suspek Direman


Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Seorang lagi suspek ditahan reman bagi membantu siasatan kes khianat dengan api di sebuah kedai serbaneka di Jalan Green, 20 September lalu.

Majistret Ling Hui Chuan membenarkan permohonan reman selama satu hari terhadap suspek berusia 30 tahun itu selepas permohonan daripada pihak polis yang diwakili Pegawai Penyiasat Inspektor Delvin Goh di bawah Seksyen 117 Kanun Tatacara Jenayah.

Tahanan reman selama satu hari tu bermula hari ini.

Siasatan kes mengikut Seksyen 436 Kanun Keseksaan, yang membawa hukuman penjara sehingga 20 tahun dan denda bagi kesalahan melakukan khianat dengan menggunakan api atau bahan letupan, jika disabit bersalah.

Difahamkan, suspek menyerahkan diri di Balai Polis Sekama semalam, (21 Oktober).

Difahamkan juga, dia antara suspek yang dikatakan telah pergi sebuah kedai serbaneka di Jalan Green, sekitar 8.30 malam.

Suspek hadir diwakili Peguam Daniel Ling.

BERITA LAIN

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta

BERITA TERBARU

BKK RM700 Ringankan Beban Penjawat Awam Persekutuan

KUCHING: Pemberian Bantuan Khas Kewangan (BKK) sebanyak RM700 oleh kerajaan Sarawak disifatkan sebagai penghargaan ke atas usaha dan pengorbanan penjawat awam Persekutuan, termasuk guru serta