ARTIKEL

TAHAN…Suspek diberkas polis di kawasan Lutong pada jam 12.25 tengah malam tadi.

Dua lelaki ditahan disyaki curi basikal di Miri

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dua individu lelaki tempatan ditahan polis selepas dipercayai terlibat dalam kes kehilangan basikal yang berlaku di beberapa lokasi sekitar Miri.

Ketua Polis Daerah Miri, ACP Mohd Farhan Lee Abdullah berkata, kedua-dua suspek berjaya ditahan hasil tindakan pantas sepasukan anggota dari Balai Polis Pusat Miri yang menjalankan operasi di kawasan Lutong pada jam 12.25 tengah malam.

“Dalam operasi tersebut, pihak polis menemui dan merampas sebuah basikal yang dipercayai dicuri selain beberapa barangan lain berkaitan.

“Suspek kini ditempatkan di lokap Balai Polis Pusat Miri bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan,” katanya dalam kenyataan.

Beliau turut menyeru orang ramai agar sentiasa mematuhi undang-undang serta bekerjasama dengan pihak berkuasa dengan melaporkan sebarang perlakuan mencurigakan bagi mengekang kegiatan jenayah di daerah Miri.

BERITA LAIN

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu

BERITA TERBARU

15 Individu Tamat Kursus Kejurulatihan

KUCHING: Seramai 15 individu berjaya menamatkan dan lulus Kursus Sijil Kejurulatihan Diploma ‘B’ AFC/FAM yang berlangsung di Kuching. Kursus berkenaan dilaksanakan dalam dua fasa iaitu