ARTIKEL

LOKASI di tempat kejadian.

Dua maut dirempuh pacuan empat roda

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua lelaki yang sedang melakukan kerja penyelenggaraan tiang lampu di tepi jalan di sini maut apabila dirempuh sebuah pacuan empat roda, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata, kemalangan itu berlaku berhampiran jejambat Sibu-Bintulu di Jalan Tunku Abdul Rahman.

“Ketika kejadian berlaku pada jam 11.20 pagi itu, kedua-dua mangsa masing-masing berusia 27 dan 59 tahun sedang sibuk bekerja apabila tiba-tiba kenderaan dipandu lelaki berusia 60 tahun hilang kawalan lalu merempuh kedua-dua mangsa,” jelasnya.

Menurutnya, kenderaan terbabit terbabas ke arah bertentangan selepas merempuh dua mangsa terbabit.

“Mangsa berusia 59 tahun meninggal dunia di tempat kejadian manakala seorang lagi dikejarkan ke hospital. Dia bagaimanapun disahkan meninggal dunia kemudian akibat kecederaan parah,” katanya.

Beliau mengatakan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU