ARTIKEL

Kredit: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM)

Dua nelayan masih hilang, operasi pencarian guna helicopter

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

CHUKAI: Operasi mencari dan menyelamat dua nelayan yang hilang selepas bot mereka tenggelam akibat ribut di perairan Kemaman diteruskan semalam dengan bantuan sebuah helikopter.

Memasuki hari ketiga, kawasan pencarian diperluaskan kepada 127.1 batu nautika persegi meliputi perairan Kemaman hingga Kuala Terengganu.

Pengarah Maritim Zon Kemaman, Abdul Halim Hamzah berkata helikopter AW139 milik Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia digunakan untuk tinjauan udara bagi mengesan kedua-dua mangsa.

Operasi turut melibatkan Bot Penggalang 16 dan KM Bagahak milik Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia, sebuah bot Polis Diraja Malaysia serta dua bot awam, dengan penyertaan 57 anggota pelbagai agensi dan orang awam.

Dalam kejadian awal pagi Rabu lalu, bot yang dinaiki tekong Azan Muda, 68, bersama Nordin Mohammad, 61, dan Mahadi Jusoh, 51, dilaporkan tenggelam akibat ribut. Mahadi berjaya diselamatkan pada Khamis, manakala Azan dan Nordin masih belum ditemukan seperti dilapor Bernama.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU