ARTIKEL

SIMBOLIK... Bekas pemain Sarawak, Johnny menyempurnakan gimik sepak mula PYFCT 2026 Edisi Bintulu di Padang Bola Sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak, Sabtu lalu.

Dua pasukan terbaik setiap kategori layak ke Liga Juara-Juara

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Bintulu melengkapkan tiga lokasi penganjuran Kejohanan Bola Sepak Belia Tertutup PETRONAS (PYFCT) 2026 di Sarawak apabila 18 pasukan bawah 14 tahun (B-14) dan bawah 16 tahun (B-16) membuka saingan bagi merebut tiket ke Liga Juara-Juara Belia PETRONAS pada Disember ini.

Saingan Edisi Bintulu yang bermula di Padang Bola Sepak Universiti Putra Malaysia (UPM) Sarawak, Sabtu lalu, melengkapkan dua edisi terdahulu di Kuching dan Mukah, sekali gus memperluas peluang pemain muda menyerlahkan bakat di peringkat akar umbi.

Menurut PETRONAS, pengenalan Bintulu sebagai lokasi baharu tahun ini sebahagian daripada usaha memperkukuh pembangunan bola sepak belia menerusi pertandingan yang lebih tersusun dan kompetitif.

PERASMIAN… Pengerusi Bersama PYFCT Bintulu, Abby turut menyempurnakan gimik sepak mula kejohanan.

“Peluasan kepada edisi Bintulu kali ini mencerminkan komitmen berterusan PETRONAS dalam menyokong pembangunan bola sepak akar umbi di Sarawak, selain menyediakan platform lebih luas untuk mengenal pasti serta membimbing bakat muda,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Majlis pembukaan kejohanan disempurnakan bekas pemain Sarawak, Johnny Joseph, bersama Pengerusi Bersama PYFCT Bintulu, Abby Sukardy Mohamad, menerusi gimik sepak mula pada jam 7.50 pagi.

PETRONAS berkata, kejohanan itu bukan sekadar medan persaingan, sebaliknya turut memberi penekanan kepada pembentukan sahsiah dan nilai positif dalam kalangan pemain muda.

“Kami mahu pemain bukan sahaja meningkatkan kemahiran di atas padang, tetapi turut membina nilai penting seperti kerja berpasukan, disiplin, ketabahan dan semangat kesukanan.

“Nilai ini penting dalam membantu perkembangan mereka sebagai pemain serta individu, sama ada di dalam mahupun di luar padang,” menurutnya.

MERAKAM KENANGAN… Peserta daripada pelbagai pasukan bergambar bersama sebelum memulakan perlawanan.

Edisi Bintulu berlangsung pada setiap hujung minggu sehingga 8 November dengan beberapa gelanggang pertandingan digunakan, termasuk Stadium Bintulu.

Pertandingan menggunakan format bola sepak 11 sebelah dengan setiap pasukan dibenarkan mendaftarkan paling banyak 20 pemain.

Saingan peringkat awal berlangsung secara liga satu pusingan, manakala setiap perlawanan berlangsung selama 60 minit, iaitu 30 minit bagi setiap separuh masa dengan rehat lima minit.

Dua pasukan terbaik daripada setiap kategori akan melayakkan diri ke Kejohanan Bola Sepak Liga Juara-Juara Belia PETRONAS 2026 yang dijadual berlangsung pada 6 hingga 13 Disember di Kuching.

Peringkat berkenaan akan menghimpunkan lapan pasukan B-14 dan lapan pasukan B-16, dengan aksi final dijadual berlangsung di Stadium Taha Ariffin.

Sebagai rekod, PYFCT 2026 membuka tirai di Kuching pada 27 September lalu, diikuti Mukah pada 10 Oktober sebelum Bintulu memulakan saingan pada 17 Oktober.

BERITA LAIN

E-Sukan dapat sambutan

BINTULU: Kejohanan E-Sukan sempena Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 yang berlangsung hari ini (18 Oktober) berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Temasya

Perang provokasi netizen

PERSaingan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sekali lagi mencetuskan bahang di luar padang apabila keputusan dramatik pada penghujung peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026

BERITA TERBARU

E-Sukan dapat sambutan

BINTULU: Kejohanan E-Sukan sempena Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 yang berlangsung hari ini (18 Oktober) berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan. Temasya

Perang provokasi netizen

PERSaingan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sekali lagi mencetuskan bahang di luar padang apabila keputusan dramatik pada penghujung peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026