ARTIKEL

Perang provokasi netizen

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERSaingan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sekali lagi mencetuskan bahang di luar padang apabila keputusan dramatik pada penghujung peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026 baru-baru ini mengheret penyokong kedua-dua negara ke medan pertelagahan media sosial.

Bermula persaingan merebut tiket ke final akhirnya berkembang menjadi perang komen, sindiran dan tuduhan yang memperlihatkan betapa mudahnya semangat kesukanan diktebalkan apabila emosi mengatasi pertimbangan rasional.

Kegagalan Malaysia mara ke final walaupun membelasah Singapura 6-0 pada 1 Oktober lalu menjadi pencetus utama pertelakan terbaharu itu dan pada masa sama, Indonesia menewaskan Bangladesh 9-2 untuk mengesahkan tempat ke final.

Kedua-dua pasukan mengkhiri saingan Kumpulan A dengan tujuh mata dan perbezaan jaringan. Namun, Indonesia muncul juara kumpulan berdasarkan jumlah jaringan keseluruhan iaitu sebelas berbanding sembilan milik Harimau Malaya.

Peraturan pertandingan menjadi penentu, tetapi cara keputusan itu dicapai mencetuskan perdebatan hangat dalam kalangan penyokong kedua-dua negara. Bagi penyokong Malaysia, kemenangan besar 6-0 ke atas Singapura sepatutnya menjadi malam untuk meraih kemenangan di Garuda.

Sebaliknya, kegembiraan itu bertukar menjadi kekecewaan apabila kemenangan tersebut masih tidak mencukupi untuk membawa pasukan negara ke final. Untuk penyokong Indonesia pula, kemenangan 9-2 ke atas Bangladesh membuktikan bahawa pasukan mereka berjaya memenuhi keperluan untuk menduduki tangga teratas kumpulan.

Bagaimanapun, di media sosial, keputusan itu bukan sekadar dilihat melalui angka pada papan skor, malah ia menjadi medan perdebatan yang mengheret nama negara, maruah pasukan dan sentimen penyokong.

Detik pencetus kemarahan

Tumpuan utama pertikaian tertumpu kepada masa tambahan perlawanan Indonesia menentang Bangladesh. Ketika Malaysia sudah menamatkan perlawanan dengan kemenangan 6-0, Indonesia masih beraksi di Jakarta.

Jaringan lewat memang membantu kedudukan kumpulan dan memastikan skuad Garuda memperoleh tiket ke final. Indonesia menjaringkan gol pada minit ke-90, sebelum Bangladesh merapatkan kedudukan pada minit ke-90+1.

Kevin Diks kemudian menjaringkan gol pada minit ke-90+6, diikuti gol kelima Mitchell Baker pada minit ke-90+7 untuk melengkapkan kemenangan 9-2. Dua jaringan penghujung perlawanan itu menjadi titik paling sensitif dalam perbalan netizen Malaysia dan Indonesia.

Perkara ini penting kerana perbezaan antara menyokong keputusan pengadil dengan menuduh pihak tertentu melakukan penipuan tidak boleh dipandang ringan. Keputusan pengadil boleh dibincangkan, masa tambahan boleh dianalisis dan peraturan pertandingan boleh diteliti dan tuduhan salah laku melakukan bukti yang kukuh, bukannya sekadar andaian berdasarkan keputusan yang mengecewakan.

Sebahagian netizen Indonesia mendakwa bahawa pasukan Singapura telah memberi peluang kepada Malaysia untuk menjaringkan enam gol tanpa mengetahui cabaran sebenar kedua-dua pasukan ketika aksi berlangsung.

Hakikatnya, kedua-dua pasukan iaitu Singapura dan Malaysia telah mengetahui bahawa jumlah jaringan boleh menjadi faktor penentu apabila mata dan perbezaan jaringan adalah sama dan peraturan itu bukan divujudkan selepas perlawanan berakhir.

Sentimen sudah membara

Perang netizen tidak muncul secara tiba-tiba selepas wisel penamat. Persaingan Malaysia dan Indonesia mempunyai latar panjang dalam bola sepak serantau, dan setiap pertemuan sering membawa tekanan tersendiri kepada pemain dan penyokong.

Bagi sebahagian penyokong, aksi antara kedua-dua negara bukan sekadar usaha mengumpul mata atau memenangi kejohanan, ia turut dikaitkan dengan kebanggaan nasional, sejarah pertembungan dan keinginan membuktikan kehebatan pasukan masing-masing.

Sentimen seperti ini menjadikan setiap keputusan mudah mencetuskan reaksi besar. Sebelum perlawanan, keyakinan penyokong lazimnya dizahirkan melalui ramalan, perbandingan pemain, statistik pertemuan dan sindiran terhadap kemampuan lawan. Bagaimanapun, masalah timbul apabila persaingan yang sepatutnya bersifat sportif berubah menjadi usaha menjatuhkan maruah pihak lain. Sindiran terhadap corak permainan boleh dianggap sebagai perdebatan sukan.

Tetapi, penghinaan terhadap rakyat, bahasa, bangsa atau identiti kebangsaan sudah melangkaui batas persaingan yang sihat. Media sosial mempercepatkan perubahan tersebut kerana setiap komen boleh disebarkan kepada ribuan pengguna dalam tempoh singkat.

Satu kenyataan provokatif boleh dipetik, dipotong daripada konteks asal dan dikongsi semula sehingga mencetuskan pertelagahan lebih luas. Dalam keadaan sedemikian, ada pengguna yang akhirnya bukan lagi mempertahankan pasukan kegemaran, sebaliknya berusaha memastikan pihak lawan berasa malu atau marah.

Emosi mengatasi fakta

Bola sepak yang sepatutnya menyatukan rakyat melalui semangat dan pengalaman bersama akhirnya menjadi alat untuk bermusuhan. Ketika perlawanan berlangsung, emosi mengatasi segala fakta.

Sama aksi berlangsung, perubahan kedudukan dan jaringan menjadi bahan perbalan masa nyata. Penyokong mengikuti perkembangan kedua-dua perlawanan sambil menunggu keputusan yang akan menentukan siapa layak ke final.

Malaysia menewaskan Singapura 6-0, harapan untuk mara masih bergantung pada keputusan Indonesia menentang Bangladesh seulah gus keadaan itu menjadikan perlawanan yang berlangsung di dua lokasi berbeza seolah-olah satu drama yang saling berkait.

Apabila Indonesia terus menambah jaringan, tekanan terhadap penyokong Malaysia meningkat. Dua gol pada penghujung perlawanan pula memastikan perbincangan beralih daripada prestasi pasukan kepada masa tambahan dan persoalan mengenai kelancaran pengadilan.

Dalam suasana sebegini, reaksi spontan mudah menguasai pertimbangan apabila pengguna media sosial beraksi dakwaan tanpa menyemak sumber. Para penyokong yang terlalu ghairah merakamkan komen-komen malah mula membincangkan dapatan yang lebih keras.

Kedua-dua tindakan itu menyumbang kepada kitaran provokasi yang sukar ditentukan. Lebih membimbangkan, kandungan yang mencetuskan kemarahan sering mendapat perhatian lebih besar berbanding penjelasan yang tenang.

Jangan perlekeh lawan

Pertelagahan tidak semestinya berhenti apabila perlawanan tamat. Dalam banyak keadaan, wisel penamat hanya menandakan permulaan kepada perdebatan baharu di media sosial.

Selepas Indonesia mengesahkan tempat ke final, isu masa tambahan, jumlah jaringan dan kelayakan pasukan terus menjadi bahan perbincangan. Ada pihak yang mempertahankan keputusan berdasarkan peraturan pertandingan, manakala sebahagian yang lain terus meluahkan rasa tidak puas hati.

Kemenangan Indonesia ke atas Thailand menerusi sepakan penalti pada final 5 Oktober lepas kemudian menambah satu lagi dimensi kepada persaingan tersebut. Kejayaan menjadi juara edisi sulung kejohanan itu memberi ruang kepada penyokong Indonesia meraih pencapaian pasukan mereka.

Sebenarnya penyokong Indonesia berhak meraih kejayaan tanpa perlu merendahkan Malaysia dan negara lain kerana kejayaan sesuatu pasukan tidak secara automatik membuktikan rakyatnya lebih hebat.

Kini kerana, keputusan satu kejohanan tidak sepatutnya dijadikan ukuran untuk menghina keushhuran masyarakat di negara lain. Jika setiap kejayaan digunakan untuk memperlekehkan lawan dan setiap kekalahan dijadikan dengan tuduhan, persaingan bola sepak akan berterapkan dalam kitaran permusuhan yang berpanjangan.

Penghinaan terhadap rakyat, bahasa, bangsa atau identiti kebangsaan sudah melangkaui batas persaingan yang sihat. Media sosial mempercepatkan perubahan tersebut kerana setiap komen boleh disebarkan kepada ribuan pengguna dalam tempoh singkat.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Sharifah Nong-Jasmina bangkit genggam ijazah

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung