ARTIKEL

E-Sukan dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BINTULU: Kejohanan E-Sukan sempena Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026 yang berlangsung hari ini (18 Oktober) berlangsung dengan jayanya dan penuh kemeriahan.

Temasya kali ini menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,500 dan menghimpunkan 226 peserta dalam dua kategori utama yang dipertandingkan, sekali gus mempamerkan mutu persaingan yang sengit serta semangat kesukanan yang tinggi sepanjang kejohanan.

Kategori berpasukan PUBG Mobile menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM2,000 dan menyaksikan penyertaan 160 peserta yang berentap, sekali gus membuktikan kehebatan strategi masing-masing.

Peringkat akhir didominasi pasukan AZH ALLSTAR dari Kuching yang berjaya dinobatkan sebagai johan dan membawa pulang hadiah wang tunai RM1,000.

Dapat sambutan… Sebahagian peserta yang terlibat. Foto: Mohd. Amir Syukry

Naib johan disandang pasukan THE BROTHERHOOD dari Miri/Bintulu yang membawa pulang wang tunai RM600, manakala tempat ketiga diraih pasukan 6BS REDZONE (Miri/Bintulu) dengan wang tunai RM400.

Sementara itu, kategori eFootball Mobile yang menawarkan hadiah wang tunai berjumlah RM500 turut merekodkan sambutan hangat dengan kehadiran 66 peserta.

Pentas akhir kategori ini menyaksikan penguasaan penuh peserta dari Bintulu. Kehebatan atlet negeri terserlah apabila Mohd. Shahrin yang juga atlet SUKMA Sarawak dinobatkan sebagai juara dan membawa balik wang tunai RM250.

Beliau diekori rapat rakan sepasukan, Jordan Tan yang juga atlet SUKMA Sarawak, sebagai naib juara dengan hadiah wang tunai RM150.

Tempat ketiga menjadi milik Abang Hakimi Syarizal yang membawa pulang wang tunai RM100.

Penganjuran kejohanan ini bukan sahaja mencapai objektif memeriahkan Kejohanan Muaythai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026.

Malah, ia menjadi platform berimpak tinggi dalam mencungkil bakat baharu serta mengekalkan prestasi kompetitif atlet SUKMA Sarawak dalam arena e-sukan serantau.

Pihak penganjur merakamkan setinggi-tinggi penghargaan dan ucapan tahniah kepada semua pemenang serta 226 peserta yang menjayakan kejohanan ini.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perang provokasi netizen

PERSaingan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sekali lagi mencetuskan bahang di luar padang apabila keputusan dramatik pada penghujung peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026

Sharifah Nong-Jasima bangkit genggam ijazah

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung