ARTIKEL

KEJAYAAN… Sharifah Nong-Jasima bergambar bersama-sama Tun Wan Junaidi, Toh Puan Fauziah dan ahli keluarga lain selepas memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian, semalam

Sharifah Nong-Jasima bangkit genggam ijazah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PERJALANAN menuntut ilmu yang bermula pada 2018 akhirnya membawa Sharifah Nong-Jasima Syed Junaidi ke pentas konvokesyen lapan tahun kemudian, namun di sebalik kegembiraan menggenggam sulung ijazah, tersimpan kerinduan mendalam terhadap arwah ibunya yang tidak berkesempatan menyaksikan detik bermakna itu.

Bagi anakanda Yang di-Pertua Negeri Sarawak, Tun Pehin Sri Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar ini, kejayaan memperoleh Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dengan Kepujian daripada Open University Malaysia (OUM) bukan sekadar pencapaian akademik malah turut mengimbau kenangan bersama Aliyahhmarhumah Datuk Seri Feona Sim Abdullah @ Norjanah Wan Junaidi, yang menjadi antara pendorong utama beliau melajukan pengajian.

Mengimbas perjalanan tersebut, Sharifah Nong-Jasima berkata, beliau mula mengikuti pengajian di OUM sekitar September 2018, namun terpaksa menangguhkan selama tiga tahun kerana perlu menjaga ibu yang sakit serta menghadapi kesedihan selepas pemergian insan tersayangnya itu.

Menurutnya, dua tahun dihabiskan untuk menjaga arwah ibunya sebelum Aliyahharahmah meninggal dunia pada 27 Mei 2022: manakala setahun lagi diperlukan untuk mengharungi kesedihan akibat kehilangan tersebut.

“Pemergian ibu tercinta meninggalkan kesan emosi yang begitu mendalam sehingga saya kehilangan semangat untuk meneruskan pengajian, malah tidak lagi mampu melakukan perkara yang amat diminati termasuk menulis.

“Ketika itu, saya memikul tanggungjawab sebagai penjaga sepenuh masa kepada mommy semasa pandemik COVID-19 dan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Sepanjang tempoh itu, saya kerap menemani mommy mendapatkan rawatan di Kuala Lumpur hampir setiap dua minggu dan mengejutkan beberapa mata pelajaran demi memberikan sepenuh perhatian terhadap penjagaan mommy,” katanya.

Bagaimanapun, selepas melalui tempoh sukar itu, beliau kembali memberikan tumpuan kepada bidang yang diminatinya apabila memulakan latihan industri di Sarawak Tribune pada 2024 sebelum ditawarkan pekerjaan di organisasi media berkenaan.

DETIK BERSEJARAH… Sharifah Nong-Jasima menerima ijazah pada Majlis Konvokesyen Ke-31 OUM di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur, semalam.

Namun, kesibukan bekerja menyebabkan hasrat untuk menamatkan pengajian sekali lagi terganggu.

“Pada 2025, saya akhirnya memberikan diri untuk mengambil mata pelajaran terakhir iaitu dalam bidang politik dan media, yang selama ini saya anggap sebagai kelamaan diri sendiri.

“Apabila difikirkan semula, mungkin bukan kerana saya benar-benar lemah dalam mata pelajaran itu tetapi kerana terlalu takut untuk mencuba selepas sekian lama menyakin diri bahawa saya tidak mampu melakukan perkara yang amat diminati termasuk menulis,” katanya ketika ditemui Suara Sarawak, semalam.

Berlangsung secara sempena Majlis Konvokesyen Ke-31 OUM di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur (WTC KL), semalam, Sharifah Nong-Jasima mengakui, arwah ibunya merupakan insan pertama yang terlintas dalam fikirannya ketika menerima kejayaan tersebut.

Menurutnya, Aliyahharahmah merupakan individu yang menggalakkannya menyambung pengajian selepas beliau menyatakan hasrat untuk memberikan tumpuan kepada bidang kewartawanan.

“Di sebalik kegembiraan dan kesyukuran meraih kejayaan ini, terselit kerinduan mendalam terhadap arwah mommy yang amat saya harapkan masih ada untuk menyaksikan detik bermakna ini,” katanya.

Sepanjang menempuh pelbagai cabaran itu, Sharifah Nong-Jasima turut mendapat dorongan dan sokongan berterusan daripada Tun Wan Junaidi yang dipanggil abah serta isterinya, Toh Puan Datuk Patinggi Fauziah Mohd Sanusi yang dikenali sebagai bonda.

Katanya, abah sentiasa menekankan kepentingan pendidikan dan pemah mengingatkan bahawa beliau sendiri masih terus menuntut ilmu di usia sekarang.

Pesanan tersebut menjadi pedoman Sharifah Nong-Jasima, lebih-lebih lagi selepas mencaburi bidang kewartawanan yang menuntutnya sentiasa mempelajari perkara baharu melalui tugasan liputan dan penyelidikan.

“Abah pernah berpesan bahawa belajar walaupun pada usia yang senja. Jadi, mengapa kita perlu berhenti menuntut ilmu?

“Pesanan itu sentiasa saya ingat, lebih-lebih sebagai seorang wartawan yang perlu mempelajari perkara baharu setiap kali menghadiri tugasan liputan atau menjalankan penyelidikan,” katanya.

Malah, Tun Wan Junaidi pernah menawarkan diri untuk membantunya memahami mata pelajaran politik dan media kerana ia berkaitan dengan bidang politik.

Sharifah Nong-Jasima turut berkongsi tugas beratnya bagi mata pelajaran tersebut bersama-sama Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah untuk mendapatkan pandangan, sebelum kedua-duanya menyatakan keyakinan bahawa beliau mampu lulus.

“Bonda sentiasa memberikan kata-kata semangat serta meyakinkan saya bahawa setiap cabaran mampu diatasi sekiranya disertai usaha dan kesungguhan,” katanya.

Menurut Sharifah Nong-Jasima, kegembiraannya seakan bermakna apabila Tun Wan Junaidi dan Toh Puan Fauziah meluahkan rasa bangga terhadap kejayaannya menamatkan pengajian selepas mengharungi pelbagai dugaan.

Selain dorongan keluarga dan rakan-rakan, beliau turut menghargai fleksibiliti sistem pembelajaran separa masa OUM yang membolehkannya mengikuti kelas secara dalam talian pada hujung minggu serta menyiapkan tugasan akademik pada waktu malam.

Pemahaman ahli keluarga terhadap komitmen pengajian banyak membantu mengimbangi tanggungjawab harian, khususnya ketika perlu menduduki peperiksaan dalam talian.

Mengulas pesanan kepada wanita yang masih menyimpan impian untuk melanjutkan pengajian, khususnya mereka yang sudah berkeluarga, Sharifah Nong-Jasima menggalakkan golongan berkenaan supaya tidak takut mencuba mahupun menghadapi kegagalan.

Beliau turut merujuk kejayaan seorang graduan berusia 73 tahun pada majlis konvokesyen itu sebagai contoh bahawa usaha menuntut ilmu tidak mengenal usia.

“Setiap individu mempunyai perjalanan hidup dan cabaran tersendiri. Justeru, jangan terlalu membebankan diri dengan tempoh masa yang diperlukan untuk menamatkan pengajian.

“Bagi saya, perkara paling penting bukan berapa cepat seseorang itu di garis penamat, tetapi kesungguhan untuk terus berusaha sehingga berjaya,” katanya.

Biarpun arwah ibunya tidak lagi berada di sisi untuk meraih kejayaan tersebut, Sharifah Nong-Jasima menganggap pencapaian itu sebagai kenangan bermakna terhadap kasih sayang, pengorbanan dan dorongan Aliyahharahmah yang tidak pernah dilupakan.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Perang provokasi netizen

PERSaingan bola sepak antara Malaysia dengan Indonesia sekali lagi mencetuskan bahang di luar padang apabila keputusan dramatik pada penghujung peringkat kumpulan Piala ASEAN FIFA 2026