ARTIKEL

Dua pelajar lelaki sebuah maahad tahfiz di sini dihadapkan ke Mahkamah Majistret hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lagi pelajar dengan seterika, 19 Sept lalu.

Dua Pelajar Didakwa Cederakan Pelajar Lain Dengan Seterika

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PARIT: Dua pelajar lelaki didakwa di Mahkamah Majistret di sini hari ini atas pertuduhan mencederakan seorang lagi pelajar dengan seterika, 19 Sept lepas. 

Pelajar berusia 13 dan 14 tahun itu bagaimanapun mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Nurul Izalina Rajaai. 

Mengikut pertuduhan dua pelajar berkenaan secara bersama pada 19 Sept pada 4 petang dengan sengaja menyebabkan kecederaan yang boleh mendatangkan kematian ke atas seorang lagi pelajar berusia 13 tahun dengan menggunakan seterika di sebuah maahad tahfiz di sini. 

Mereka didakwa di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang boleh dihukum di bawah akta sama. 

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya R. Jayasri, manakala kedua-dua tertuduh diwakili peguam dari Yayasan Bantuan Guaman Kebangsaan Nur Nadrah Badarudin. 

Majistret kemudian menetapkan jaminan RM500 setiap tertuduh dan menetapkan 27 Okt untuk tarikh sebutan semula kes. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,