ARTIKEL

Dua pemain import Korea Selatan perkuatkan KUFC

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KOTA BHARU: Kelantan United FC (KUFC) mendapatkan khidmat dua pemain import dari Korea Selatan bagi memperkuatkan pasukan itu menghadapi baki saingan Liga Malaysia (Liga-M) musim ini.

Pengarah Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman Wan Abdul Aziz berkata dua pemain import itu adalah Kim Min Kyu, 22, bermain di posisi sayap dan pemain pertahanan berusia 21 tahun, Kim Deok 

“Kim Min Kyu sebelum ini beraksi bersama kelab di negaranya iaitu Pyeongtaek Citizen FC dan Kim Deok bekas pemain pasukan Saraburi, Thailand yang beraksi di liga Divisyen tiga negara itu.

“Kehadiran dua pemain import ini akan menjadi nilai tambah kepada pasukan untuk kembali memberi saingan seterusnya memperbaiki kedudukan pasukan dalam carta liga,” katanya dalam kenyataan, semalam.

Mengulas lanjut, Wan Mohd Zul Ikman berkata kedua-dua pemain terbabit telah menyertai sesi percubaan bersama pasukan sejak minggu lepas sebelum menandatangani kontrak semalam.

“Kedua pemain ini mempamerkan corak permainan yang baik serta dilihat mampu memberi sumbangan kepada pasukan untuk mengharungi baki perlawanan Liga-M musim ini,” katanya.

KUFC ketika ini berada di kedudukan kedua tercorot dari 14 pasukan Liga Super dengan meraih enam mata menerusi satu kemenangan, tiga seri dan 11 tewas selepas mengharungi 15 perlawanan. – BERNAMA

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

BERITA TERBARU