ARTIKEL

Dua pemuda dikompaun, keluar tanpa surat

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMANGGANG: Walaupun mempunyai alasan, jika tidak mempunyai surat kebenaran bergerak, mereka tetap akan dikenakan kompaun RM1,000.

Demikian tegas Ketua Polis Daerah Sri Aman Deputi Supt Bingkok John.

Pagi semalam, polis menahan dua individu sekitar jam 1.40 pagi dalam satu sekatan jalan raya di simpang Bungkang.

Menurut Bingkok, kedua-duanya masing-masing dikenakan kompaun RM1,000 selepas melanggar arahan penguatkuasaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Mereka berusia 21 dan 25 tahun dan ditahan ketika dalam perjalanan menuju ke pekan Simanggang dari Lubok Antu dengan menunggang motosikal.

“Ketika disoal, mereka memberitahu hendak melawat saudara. Namun, semasa diarah menunjukkan dokumen kebenaran bergerak, mereka gagal.

“Justeru, polis bertindak membawa mereka ke Balai Polis Sri Aman untuk tujuan kompaun,” katanya.

Mereka dikompaun di bawah Peraturan 3(1) Peraturanperaturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Langkah-langkah Di Dalam Kawasan Tempatan Jangkitan) (No.2) 2020.

Malah, mereka boleh dihukum di bawah Peraturan 11 kerana melanggar arahan PKP berkenaan.

Mereka juga boleh didakwa oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) di mahkamah jika gagal membayar kompaun dalam tempoh yang ditetapkan.

“Justeru, saya menasihati penduduk agar terus mematuhi penguatkuasan PKP atau berdepan dengan tindakan jika gagal mematuhi arahan ini,” ujarnya.

BERITA LAIN

Pengurus klinik ‘jadi bilionair’ selama sejam

KUCHING: Seorang pengurus klinik, Wan Mohd Fairuz Wan Zainal Abidin, 33, terkejut apabila baki akaun banknya tiba-tiba memaparkan lebih RM1 bilion, sekali gus memberinya pengalaman

Pengurusan kewangan Sarawak dipuji

KUCHING: Penubuhan Dana Kekayaan Berdaulat Masa Hadapan mencerminkan pengurusan kewangan berhemat Sarawak dalam menjamin kestabilan fiskal negeri serta kepentingan generasi akan datang. Ahli Dewan Undangan

BERITA TERBARU