ARTIKEL

Gambar: JBPM Melaka

Dua penuntut IPTA maut kereta terbabas langgar penghadang jalan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JASIN: Dua penuntut universiti awam maut selepas kenderaan yang dinaiki terbabas melanggar penghadang jalan di Kilometer 186.7 Lebuhraya Utara Selatan (PLUS) arah utara di sini pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Jasin, DSP Ahmad Jamil Radzi, berkata insiden berlaku kira-kira jam 6.20 pagi, di mana mangsa Nurul Syafiqah Nasruddin dan Nurhanis Afryna Azizan, masing-masing berusia 19 tahun, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Kedua-dua mangsa merupakan penumpang di bahagian hadapan dan belakang sebelah kiri kereta jenis Perodua Myvi, bersama dua rakan lain termasuk pemandu.

“Dipercayai kemalangan berlaku ketika kereta dalam perjalanan dari Johor ke Melaka, terbabas dan melanggar penghadang jalan tanpa melibatkan kenderaan lain,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Ahmad Jamil menambah, pemandu Nur Hanis Suraya Supiyan, 19, dan seorang lagi penumpang, Azwalidiya Azman, 21, mengalami kecederaan.

Kes ini disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987, dan siasatan lanjut masih dijalankan. – BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU