KUCHING: Dua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Sarawak, masing-masing melibatkan PPS Dewan Suarah serta PPS Dewan Sri Kemena, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sebauh di Bintulu, ditutup sepenuhnya hari ini susulan keadaan banjir yang semakin pulih.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) memaklumkan, PPS Dewan Suarah ditutup sepenuhnya pada jam 1.30 tengah hari, manakala PPS Dewan Sri Kemena, SMK Sebauh ditutup pada jam 12.00 tengah hari.
“Ketika ini, PPS Balai Raya Sebauh, Bintulu masih beroperasi dan menempatkan seramai 15 Ketua Isi Rumah (KIR) melibatkan 24 orang mangsa, dengan jumlah pemindahan menunjukkan penurunan berbanding sebelum ini,” katanya dalam satu kenyataan.
Sekretariat turut memaklumkan pihak berkuasa akan terus memantau keadaan cuaca serta paras air dari semasa ke semasa bagi memastikan keselamatan penduduk yang terjejas.
Sejak 31 Disember lalu, Sarawak berdepan situasi banjir susulan hujan berterusan yang menyebabkan beberapa kawasan, khususnya di sekitar Kuching, dilanda limpahan air.
Menurut laporan Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) menerusi portal Public InfoBanjir, sehingga jam 7.30 pagi ini, paras air di stesen Long Teru di Miri serta Nanga Lemai B masih berada pada tahap berbahaya.
Sebaliknya, hanya stesen Stapang B di Sibu mencatat bacaan melepasi paras amaran.
Bagaimanapun, bacaan paras air di sembilan sungai lain kekal pada tahap berjaga-jaga dan menunjukkan trend penurunan secara berperingkat.

Wenzel Mahu Tebus Kecewa Di Kemboja, Janji Beri Segalanya Untuk Sarawak
KUCHING: Penyerang Kuching City FC, Dylan Wenzel-Halls mahu menjadikan aksi pertama Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) di laman sendiri sebagai peluang menebus kekecewaan selepas gagal


