Dua PPS di Serian ditutup, mangsa banjir menurun kepada 528 mangsa

KUCHING: Mangsa banjir menunjukkan penurunan kepada 528 mangsa setakat jam 4.00 petang ini

Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sarawak (JPBNS) berkata kesemua Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Bahagian Samarahan telah ditutup pada jam 1 tengah hari tadi.

Manakala dua PPS iaitu PPS Dewan Kampung Rimba Padi dan PPS Dewan Serbaguna Ranchan juga telah ditutup pada waktu yang sama.

Katanya JPBNS, hanya tiga PPS di buka di Bahagian Serian iaitu PPS Dewan Kampung Slabi Entukuh, PPS SK Tanah Puteh dan PPS Dewan Masyarakat Serian.

Jelasnya seramai 42 mangsa ditempatkan di Dewan Kampung Slabi Entukuh, PPS SK Tanah Puteh (338) dan PPS Dewan Masyarakat Serian (148).