ARTIKEL

Dua projek di Tanjung Manis siap September tahun depan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

TANJUNG MANIS : Pelaksanaan projek Jalan Pasi-Tanjung Manis dan Jambatan Batang Rajang dijadualkan siap sepenuhnya pada September tahun depan.

Premier Sarawak Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata projek yang menghubungkan Tanjung Manis melalui Sarikei ke Sibu itu akan memberi manfaat kepada rakyat.

“Oleh itu, dari Sibu ke Sarikei mengambil masa kira-kira 40 minit, dan dari Sarikei ke Tanjung Manis, orang ramai boleh melalui jambatan baharu yang sedang dalam pembinaan dan siap pada September 2024.

“Apabila siap, masa perjalanan antara Sibu dan Tanjung Manis akan mengambil masa kira-kira sejam sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis penutupan Safari Memancing Tanjung Manis 2023 yang diadakan sempena sambutan ulang tahun Jubli Emas Perbadanan Kemajuan Industri Kayu Sarawak (STIDC) di Tanjung Manis pada Ahad.

Abang Johari juga menambah bahawa perjalanan dari Sibu ke Kuching akan dipendekkan dengan pembangunan rangkaian jalan pantai.

“Setelah siap Jambatan Batang Lupar, anggaran masa perjalanan antara lokasi ini akan mengambil masa kira-kira dua setengah jam.

“Jika perjalanan dari Kuching ke Sibu hanya mengambil masa sekitar dua setengah jam, pengembara boleh meneruskan selama sejam lagi untuk sampai ke Tanjung Manis dan menerokai persekitaran yang indah berhampiran Belawai, terutama pantainya,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU