ARTIKEL

Wakil JKR ketika hadir bagi penyerahan tapak untuk dua projek infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM800,000 di sini, hari ini. | Foto: UKAS

Dua projek RTP RM800,000 tingkat kemudahan di Sadong Jaya dan Simunjan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SADONG JAYA: Dua projek infrastruktur luar bandar bernilai keseluruhan RM800,000 bakal dilaksanakan di Kampung Terasi Ulu, Sadong Jaya dan Kampung Sungai Apin, Simunjan bagi meningkatkan kemudahan asas serta kesejahteraan penduduk setempat.

Sebuah jambatan baharu bernilai RM300,000 di Kampung Terasi Ulu akan menjadi laluan utama untuk penduduk kampung, sekali gus memudahkan pergerakan harian, pengangkutan hasil pertanian dan akses kepada kemudahan asas.

Penolong Jurutera Jabatan Kerja Raya Bahagian Samarahan, Mohd Azlan Affiq Mohd Nasir berkata, projek ini dijadualkan siap dalam tempoh enam bulan.

“Projek ini akan dipantau rapi bagi memastikan pelaksanaannya menepati jadual, piawaian keselamatan dan kualiti yang ditetapkan,” katanya.

“Kerajaan Sarawak menerusi Projek Transformasi Luar Bandar (RTP) sentiasa memastikan naik taraf infrastruktur asas luar bandar dijalankan demi keselesaan rakyat dan merangsang pertumbuhan ekonomi tempatan.”

Selain itu, turut berlangsung adalah penyerahan tapak projek pembinaan dewan kampung baharu yang melibatkan kos RM500,000 untuk kegunaan penduduk Kampung Sungai Apin, Simunjan.

“Projek menerusi peruntukan RTP ADUN Simunjan ini dijangka siap dalam tempoh lapan bulan dan akan memberi manfaat kepada penduduk setempat sebagai pusat aktiviti komuniti, sosial dan kemasyarakatan,” jelasnya.

“Dewan ini juga akan berfungsi untuk mengukuhkan peranan kampung sebagai nadi pertemuan penduduk di Kampung Sungai Apin.”

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU