ARTIKEL

Dua rakan masing-masing didenda RM1,400 terlibat aktiviti curi

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dua rakan sejenayah masing-masing dijatuhi hukuman denda RM1,400 atau penjara lima bulan oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana mencuri 25 batang besi sepanjang dua kaki dan empat keping plat besi milik sebuah syarikat pembinaan.

Fredy Joseph Gorod, 37 dan Christy Cutbry, 22, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan di hadapan Majistret Mason Jaro Lenya Barayan.

Mengikut pertuduhan, kedua-dua tertuduh didakwa mencuri besi terbabit di sebuah tapak pembinaan berhampiran jambatan Kampung Tanjung Bako, sekitar jam 12.18 petang, 17 Februari lepas.

Oleh itu, kedua-dua tertuduh didakwa mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan dibacakan bersama Seksyen 34 kanun yang sama.

Pendakwaan kes dikendalikan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang manakala tertuduh tidak diwakili peguam.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Rakyat protes dasar berat sebelah

BANGKOK: Ratusan penunjuk perasaan berhimpun berhampiran Pusat Konvensyen Nasional Queen Sirikit (QSNCC) pada Khamis bagi membantah dasar Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) dan Bank Dunia yang

Geran pemula bantu usahawan muda Sarawak

KUCHING: Usahawan belia di Sarawak berpeluang memohon geran sehingga RM15,000 menerusi Geran SYStartUP bagi membantu menampung kos permulaan dan pembangunan perniagaan masing-masing. Timbalan Menteri Belia,