ARTIKEL

Gambar hiasan

Dua rakan sekerja maut kereta terbakar

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua rakan sekerja maut selepas kereta dinaiki mereka terbabas sebelum terbakar dalam kemalangan di Jalan Sungai Besi menghala ke Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban awal pagi tadi.

Menurut BERNAMA, Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Kuala Lumpur, Mohd Zamzuri Mohd Isa berkata kemalangan kira-kira jam 3 pagi itu melibatkan sebuah Honda City Hatchback dipandu lelaki tempatan berusia 29 tahun bersama penumpang wanita berusia 23 tahun.

Siasatan awal mendapati pemandu dipercayai gagal mengawal kenderaan ketika melalui selekoh sebelum terbabas dan melanggar tembok tiang di bahagian kiri jalan sehingga menyebabkan kereta terbakar sepenuhnya.

Pasukan bomba dari Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia membantu memadam kebakaran serta mengeluarkan mangsa dari kenderaan.

Pemandu ditemukan rentung manakala penumpang wanita mengalami kecederaan parah di kepala sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian.

Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan polis sedang mendapatkan rakaman CCTV bagi membantu siasatan lanjut.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU