SIBURAN: Dua rumah struktur kekal dua tingkat di Taman Indah Landeh, Lorong 1, Siburan musnah dalam kejadian kebakaran yang berlaku petang semalam.
Komander Operasi, PBK I Sim Mui Chai berkata, kejadian berlaku pada 6.43 petang dan berjaya dikawal sepenuhnya oleh pihak bomba pada 9.10 malam.


“Dua rumah terbakar 100 peratus, manakala dua unit lain hanya mengalami kerosakan sekitar 20 peratus. Tiada kecederaan dilaporkan membabitkan 14 penghuni ketiga-tiga rumah,” katanya dalam kenyataan, malam tadi.
Tambah Sim, tiga kenderaan turut terjejas dalam kebakaran tersebut dan punca kebakaran serta jumlah kerugian masih disiasat.
“Operasi pemadaman dijalankan secara offensive dan defensive bagi menghalang api merebak ke rumah berhampiran.
“Seramai 21 anggota bomba terlibat, termasuk Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Siburan, dibantu BBP Kota Sentosa dan BBP Batu Lintang. Jentera yang digunakan ialah FRT, CFRT, EMRS dan FRT.






