ARTIKEL

Foto: Bomba Nilai

Dua rumah terbakar, dua kereta musnah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEREMBAN: Dua rumah, sebuah jentera berat dan dua kereta musnah dalam kejadian kebakaran di Kampung Baru Nilai di sini petang semalam.

Ketua Balai Jabatan Bomba dan Penyelamat Nilai, Komander Operasi Bakarya Mohd Salleh berkata rumah pertama berkeluasan 2.79 x 4.65 meter persegi terbakar lebih kurang 80 peratus.

Rumah kedua pula melibatkan kebakaran di bahagian dapur lebih kurang 50 peratus serta sebuah tokong berkeluasan 2.79 x 4.65 meter persegi terbakar lebih kurang 80 peratus.

“Bomba menerima panggilan kecemasan pada 6.20 petang tadi berkenaan kejadian tersebut daripada orang awam. Seramai 14 anggota terlibat telah memadamkan kebakaran itu sehingga 7.45 malam tadi, operasi tamat kira-kira 35 minit kemudian,” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata selain itu sebuah jentera berat (jentolak) terbakar 80 peratus dan dua kereta Proton Saga musnah 100 peratus bagaimanapun tiada kemalangan jiwa dilaporkan, punca kebakaran serta kerugian masih dalam siasatan.– BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU