Sarawak terajui teknologi tenaga hijau ASEAN

Trending

Dua sahabat baik dipenjara setahun kerana cuba curi rim kereta

Facebook
Twitter
WhatsApp
Telegram
E-mel

KUCHING: Dua sahabat baik masing-masing dijatuhi hukuman penjara satu tahun oleh Mahkamah Majistret di sini, hari ini, kerana cuba mencuri sebuah rim tayar kereta.

Tertuduh Thien Sow Kian, 36, dan Sze Wei Huat, 32, mengaku bersalah atas satu pertuduhan yang dibacakan secara bersama di hadapan Majistret Syarifah Fatimah Azura Wan Ali.

Mengikut kertas pertuduhan, mereka secara bersama didakwa di bawah Seksyen 379A (1) / 511 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan kerana cuba mencuri seunit rim tayar kereta Kancil milik seorang wanita berusia 34 tahun.

Mereka melakukan kesalahan itu di tempat letak kereta di sebuah pusat komersial Batu 10, kira-kira jam 9.30 pagi, 28 Mac lalu.

Jika sabit kesalahan, boleh dikenakan hukuman penjara tidak kurang daripada satu tahun dan tidak melebihi tujuh tahun serta boleh dikenakan denda.

Syarifah memerintahkan kedua-dua tertuduh menjalani hukuman penjara berkuat kuasa dari tarikh tangkap pada 28 Mac lepas.

Selain itu, semasa dalam siasatan, Sow Kian gagal mengemukakan kad dokumen pengenalan diri kepada pihak polis.

Baca lain  Lelaki aktif meragut dicekup

Oleh hal demikian, di Mahkamah Majistret berasingan Sow Kian dikenakan hukuman denda RM1,000 atas kesalahan di bawah Seksyen 25 (1) (n) Peraturan-Peraturan Pendaftaran Negara 1990.

Majistret Zaiton Anuar menjatuhkan hukuman penjara satu bulan terhadap Sow Kian sekiranya gagal menjelaskan denda.

Pendakwaan kes dikendalikan secara berasingan oleh Pegawai Pendakwa Inspektor Nur Syafiqa Nyaie Ilin dan Inspektor Merylene Lindan Andrew Mang.

e-Akhbar Suara Sarawak

Berita Berkaitan

Ibu dari neraka

KUCHING: Seorang wanita tempatan didakwa di Mahkamah Sesyen di sini,

E-Paper

8 Jun 2023

Berita Terbaru