ARTIKEL

Kredit: JBPM Johor dan Fb Exco Mohd Jafni Md Shukor

Dua sekolah ditutup susulan kebakaran kilang getah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Sengkang dan SJKC Kulai Besar ditutup hari ini susulan kebakaran sebuah kilang memproses getah di Sengkang, dekat Kulai.

Timbalan Menteri Komunikasi merangkap Ahli Parlimen Kulai Teo Nie Ching berkata dua sekolah berkenaan ditutup sementara sebagai langkah keselamatan bagi melindungi pelajar dan warga sekolah.

“Kerja pemadaman kebakaran setakat ini masih giat dijalankan pihak bomba,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Teo turut menzahirkan penghargaan kepada semua pihak yang bertungkus-lumus memastikan keselamatan orang awam.

Terdahulu, Penolong Pengarah Bahagian Operasi Kebombaan dan Penyelamat Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor, Penguasa Kanan Bomba I Muhammad Tarmizi Md Jaafar dilaporkan berkata pihak bomba menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 4.37 petang semalam.

Beliau berkata setakat ini operasi pemadaman masih giat dijalankan dan 65 peratus kebakaran berjaya dipadamkan. — BERNAMA

BERITA LAIN

BERITA TERBARU