ARTIKEL

RAMPAS…Antara dadah yang dirampas dalam dua serbuan berasingan di Kuching baru-baru ini.

Dua Serbuan Dadah di Kuching: Tiga Individu Ditahan, Dadah RM12,600 Dirampas

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: IPD Kuching berjaya membongkar dua kes pengedaran dadah dalam dua serbuan berasingan di sekitar bandar raya ini, sekali gus membawa kepada penahanan tiga individu serta rampasan pelbagai jenis dadah bernilai hampir RM12,600.

Menurut Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ahsmon Bajah, dalam serbuan pertama yang dijalankan pada 14 Julai lalu sekitar jam 3.30 petang, seorang lelaki tempatan berusia 25 tahun ditahan di sebuah rumah di Bandar Baru Semariang.

“Pemeriksaan lanjut menemui 398 gram ganja dengan anggaran nilai RM11,940. Ujian saringan air kencing mendapati suspek positif dadah, dan suspek kini direman selama tujuh hari sehingga 22 Julai bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Ahsmon menambah, serbuan kedua dilakukan pada 15 Julai sekitar jam 12.40 tengah hari di sebuah rumah di Tabuan Jaya.

Dalam serbuan itu, katanya, seorang lelaki berusia 31 tahun dan seorang wanita tempatan berusia 34 tahun telah ditahan.

“Rampasan melibatkan 258.74 gram serbuk ekstasi, 1.48 gram syabu, dan 0.95 gram ketamin dengan nilai keseluruhan dianggarkan sebanyak RM621.

“Hasil saringan air kencing menunjukkan kedua-dua suspek positif dadah jenis amphetamine, methamphetamine, ketamin, dan benzo.

“Siasatan mendapati suspek lelaki mempunyai empat rekod lampau berkaitan kesalahan dadah, manakala wanita terbabit tidak mempunyai sebarang rekod,” katanya.

Kedua-dua suspek, tambah Ahsmon, telah direman selama lima hari sehingga 21 Julai untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 39B dan Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Seksyen 39B, menurut beliau, memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup serta tidak kurang daripada 12 sebatan jika tidak dihukum mati.

Sehubungan itu, Ahsmon menyeru orang ramai agar terus menyalurkan maklumat berkaitan aktiviti pengedaran dan penyalahgunaan dadah kepada pihak polis bagi memastikan kegiatan tersebut dapat dibanteras secara menyeluruh dan berkesan.

BERITA LAIN

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan

MBKS bandar pelancongan bersih ASEAN

KUCHING: Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) menerima pengiktirafan ASEAN Clean Tourist City Standard bagi tempoh 2026 hingga 2028, sekali gus mengekalkan pencapaian itu untuk kali

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan