ARTIKEL

Dua surau di kawasan Parlimen Batang Sadong kini tampil dengan wajah baharu selepas kerja menaik taraf di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) 2024 disiapkan. Foto Rodiyah Sapiee (FB)

Dua surau di kawasan Parlimen Batang Sadong berwajah baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIMUNJAN: Dua surau utama di kawasan Parlimen Batang Sadong kini berwajah baharu selepas kerja naik taraf di bawah Projek Mesra Rakyat (PMR) siap sepenuhnya.

Ahli Parlimen Batang Sadong, Rodiyah Sapiee berkata, ia membawa kelegaan dan kegembiraan kepada penduduk setempat yang sekian lama menantikan kemudahan lebih selesa.

Menurutnya, Surau Darul Iman di Kampung Rangkang, Simunjan dilengkapi karpet baharu yang memberi keselesaan kepada jemaah melibatkan peruntukan RM14,000 manakala Surau Darul Ibadah di Kampung Lalang Tengah, Gedong menerima naik taraf menyeluruh merangkumi pembinaan tandas lelaki dan wanita, ruang wuduk, stor penyimpanan, lantai baharu serta pemasangan menara pembesar suara dengan kos keseluruhan RM100,000.

“Projek ini adalah bukti jelas komitmen berterusan kerajaan dalam memastikan komuniti luar bandar tidak terpinggir daripada memiliki kemudahan keagamaan selesa dan moden.

“Kita mahu pastikan rakyat luar bandar turut menikmati akses kepada kemudahan ibadah yang selamat, kondusif dan lengkap. Ini sebahagian daripada usaha memperkukuh kesejahteraan komuniti,” katanya selepas penyerahan kedua-dua projek dalam lawatan kerjanya baru-baru ini.

BERITA LAIN

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih

BERITA TERBARU

Satu Gol Ranap Impian KCFC

KUCHING: Hanya satu gol memisahkan Kuching City FC daripada memburu kemenangan pertama dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 apabila skuad The Cats terpaksa berputih