ARTIKEL

ZAMRY ALLI

Dua suspek warga asing dikesan, terlibat kes bunuh

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

BETONG: Seorang pekerja ladang kelapa sawit warganegara asing ditemui mati dengan kesan tikaman di dada, hari ini.

Ketua Polis Daerah Betong Deputi Superintenden Zamry Alli berkata, pihaknya menerima satu laporan kejadian kes bunuh yang berlaku di sebuah ladang di Daerah Betong.

“Mangsa seorang lelaki warganegara asing dijumpai dalam keadaan terbaring di atas tanah dalam keadaan berlumuran darah dan tidak bernyawa dengan satu kesan tikaman di bahagian tengah dada.

“Ia disyaki ditikam dengan objek tajam oleh suspek yang telah dikenal pasti,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Jelasnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana kesalahan membunuh.

Sehubungan itu tambah Zamry, siasatan lanjut dijalankan dan usaha mengesan dua suspek (Hairul Anas dan Hasanun) terlibat sedang giat dijalankan.

“Saya menyeru masyarakat agar bekerjasama dengan pihak polis dan memberikan maklumat berkaitan suspek yang terlibat dalam kes ini,” ujarnya.

Beliau juga menyeru supaya masyarakat tidak membuat sebarang spekulasi berkenaan kes yang sedang disiasat.

BERITA LAIN

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.  

BERITA TERBARU

Liputan Internet Kota Sentosa capai 98.5 peratus

KUCHING: Liputan Internet mengikut kawasan penempatan di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Sentosa kini mencapai 98.5 peratus, kata Timbalan Menteri Utiliti dan Telekomunikasi, Datuk

Polis Sahkan Pegawai Kastam Maut Dipercayai Dibunuh Suami

NILAI: Seorang pegawai Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) ditemukan maut dipercayai dibunuh suaminya dalam kejadian di Kuarters Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini, malam tadi.