ARTIKEL

Dua wanita antara tiga ditahan dalam operasi di sebuah makmal proses ubat tiruan-Bukit Aman

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUALA LUMPUR: Dua wanita dan seorang lelaki ditahan dalam operasi ke atas sebuah makmal memproses ubat-ubatan tiruan di Taiping, Perak, Selasa lepas.

Setiausaha Polis Diraja Malaysia (PDRM) Datuk Noorsiah Saaduddin berkata hasil pemeriksaan menemui peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan yang disyaki tidak mendapat kelulusan Kementerian Kesihatan (KKM).

“Semua peralatan pemprosesan dan ubat-ubatan tersebut yang dianggarkan berjumlah RM6.4 juta  dirampas dan kes disiasat di bawah Peraturan 7(1)(A) Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1982,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Operasi berkenaan dilaksanakan Wildlife Crime Bureau/Perisikan Siasatan Khas (WCB/PSK), Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (JKDNKA) serta KKM.

Noorsiah berkata sepanjang 2022, WCB/PSK telah melaksanakan dua serbuan dengan nilai rampasan berjumlah RM3.4 juta dan bagi tempoh 1 Jan hingga hari ini, sebanyak lapan serbuan telah dilaksanakan dengan nilai rampasan berjumlah RM12.8 juta. 

Beliau berkata PDRM khususnya JKDNKA komited membantu kementerian serta agensi kerajaan dalam menangani pelbagai isu ketenteraman awam dan keselamatan masyarakat.

“Operasi bersepadu bersama agensi penguat kuasa yang lain akan diteruskan dari semasa ke semasa. Penglibatan dan kerjasama orang ramai dalam menyalurkan maklumat amat digalakkan agar jenayah seperti ini dapat dibanteras sepenuhnya,” katanya.- BERNAMA

BERITA LAIN

RM545 juta perkukuh Internet di Sarawak

KUCHING: Sebanyak RM545 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan fasa pertama Jalinan Digital Negara (JENDELA) 2 di Sarawak, melibatkan hampir 350 lokasi di seluruh negeri. Menteri Komunikasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan