ARTIKEL

NAHAS… Keadaan kenderaan Perodua Axia yang terbabas.

Dua wanita cedera dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Dua wanita mengalami kecerderaan setelah terlibat dalam kemalangan kendiri di Lebuh Raya Pan Borneo Batu 38 Sibu – Bintulu di sini, petang tadi.

Komander Operasi PBT I Jaree Mohammad berkata, sejurus menerima panggilan berhubung kejadian, pasukan Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Selangau terus bergerak ke lokasi.

“Kejadian kemalangan kendiri itu membabitkan kenderaan Perodua Axia,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Tambah Jaree, dalam kejadian sekitar jam 5.24 petang itu, kedua-dua wanita berusia 18 tahun terbabit cedera di kepala dan cedera ringan.

Katanya, kedua-dua berjaya dikeluarkan oleh orang awam sebelum pasukan bomba tiba dan telah diberikan rawatan awal oleh kakitangan kesihatan daripada Klinik Kesihatan Selangau.

“Pasukan bertindak membuat size-up, seterusnya membuka bahagian bonet hadapan untuk mencabut terminat bateri kenderaan tersebut.

“Setelah memastikan keadaan terkawal dan selamat, operasi ditamatkan pada jam 5.42 petang,” katanya.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU