ARTIKEL

DUA wanita yang ditahan kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tambah nilai judi dalam talian di Saratok, malam tadi.

Dua wanita ditahan disyaki jadi ejen tambah nilai judi dalam talian

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SARATOK: Polis menahan dua wanita dalam serbuan berasingan di daerah ini malam tadi kerana disyaki terlibat dalam aktiviti tambah nilai judi dalam talian.

Ketua Polis Daerah Saratok, DSP Mathew Manggie berkata, suspek pertama, seorang ibu tunggal berusia 25 tahun yang mempunyai lima anak, ditahan pada 11.52 malam oleh Bahagian Siasatan Jenayah (BSJ), Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Saratok.

Menurutnya, suspek yang mempunyai dua rekod jenayah lampau berkaitan kes dadah itu ditahan di kaunter sebuah premis yang disyaki digunakan bagi menjalankan aktiviti perjudian, tambah nilai dalam talian.

“Polis turut merampas sebuah telefon pintar, sebuah kotak berwarna putih serta sejumlah wang tunai,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, suspek berasal dari Sibu dan hasil saringan air kencing mendapati wanita berkenaan negatif dadah.

“Suspek mengaku menjadi ejen jualan judi tambah nilai dalam talian di Saratok sejak sebulan lalu bagi mendapatkan pendapatan sampingan,” ujarnya.

Sementara itu, seorang lagi wanita berusia 22 tahun ditahan kira-kira 12.27 tengah malam.

Mathew menambah, suspek berasal dari Bintangor dan polis turut merampas sebuah telefon pintar, sebuah kotak berwarna oren serta sejumlah wang tunai.

Kedua-dua suspek kini disiasat mengikut Seksyen 4B(a) Akta Rumah Judi Terbuka (ARJT) 1953.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU