ARTIKEL

TAHAN…Polis menahan dua lelaki warga asing yang terlibat dalam kes curi peralatan kerja pembinaan, semalam.

Dua Warga Asing Ditahan Curi Peralatan Pembinaan di Mukah

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MUKAH: Polis menahan dua lelaki warga asing yang disyaki terlibat dalam kes curi peralatan kerja pembinaan di dua lokasi berasingan di sini, semalam.

Ketua Polis Daerah Mukah, Deputi Superintenden (DSP) Muhamad Rizal Alias berkata, tangkapan dilakukan oleh sepasukan pegawai dan anggota Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Mukah hasil maklumat serta risikan berkaitan kes berkenaan.

Menurutnya, kedua-dua suspek ditahan kerana disyaki terlibat dalam kes curi peralatan kerja pembinaan yang membabitkan laporan polis pada 3 Mei lalu.

Katanya, laporan kehilangan beberapa peralatan pembinaan bagi projek jambatan di Kampung Tellian Tengah dibuat oleh seorang lelaki tempatan berusia 40 tahun yang bekerja sebagai pengurus syarikat.

“Pengadu mengesyaki dua pekerjanya yang menghilangkan diri terlibat mengambil peralatan tersebut. Anggaran kerugian akibat kejadian itu adalah sebanyak RM5,000,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Serbuan pertama dijalankan kira-kira 12 tengah hari di sebuah pondok kayu di Kampung Sesok, sebelum berjaya menahan suspek pertama berusia 34 tahun.

Manakala, serbuan kedua pula dilakukan kira-kira jam 1 tengah hari di sebuah rumah kongsi di Jalan Desa Tanjung dan berjaya menahan suspek kedua berusia 33 tahun.

“Pihak polis terpaksa menggunakan kekerasan minimum semasa menahan kedua-dua suspek selepas mereka bertindak agresif dan cuba melarikan diri sebaik menyedari kehadiran polis.

“Suspek kedua kemudian menunjukkan lokasi penyimpanan barangan curi kepada pihak polis.

“Hasil pemeriksaan, polis berjaya menemukan semula satu unit mesin gerudi, dua unit mesin pengisar dan satu unit mesin gergaji jig yang dipercayai dicuri.

“Semua peralatan tersebut bersama dengan sebuah telefon bimbit milik suspek turut dirampas untuk dijadikan barang kes,” katanya lagi.

Jelas Rizal, hasil ujian saringan air kencing mendapati kedua-dua lelaki itu positif dadah jenis amphetamine dan methamphetamine.

Tambahnya, kes disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952, kedua-dua suspek direman selama tiga hari sehingga 18 Mei ini bagi membantu siasatan lanjut.

BERITA LAIN

PATUH 2026 perkukuh perlindungan pengguna di Telaga Air

KUCHING: Peniaga diingatkan supaya mematuhi undang-undang perdagangan, termasuk mempamerkan tanda harga dan menggunakan alat timbang serta sukat yang sah, menerusi pelaksanaan Program Zon Tumpuan Pelancongan

Integriti, akauntabiliti perlu seiring kemajuan AI – Nancy

KUCHING: Kemajuan kecerdasan buatan (AI) yang semakin berupaya melaksanakan tugasan kompleks menuntut pengawasan manusia, integriti dan akauntabiliti bagi memastikan teknologi itu digunakan secara bertanggungjawab. Menteri

BERITA TERBARU