ARTIKEL

DUBS sedia bantu usahawan baharu

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

MIRI: Dewan Usahawan Bumiputera Sarawak (DUBS) sentiasa menggalakkan penglibatan golongan belia dalam bidang perniagaan.

Pengerusi DUBS Cawangan Miri, Hafidz Rohani berkata, pihaknya turut membenarkan usahawan baharu untuk mendaftarkan alamat perniagaan menggunakan alamat pejabat DUBS sebagai langkah memudahkan perniagaan masing-masing.

“Antara isu yang dihadapi belia untuk terus berkembang dalam perniagaan ialah mereka agak sukar untuk mendapatkan pembiayaan dan bantuan daripada agensi-agensi kerajaan.

“Oleh itu, apabila mereka menggunakan pejabat kami sebagai alamat premis mereka, maka ini dapat mengurangkan kos penyewaan dan menjadikan mereka peniaga yang berdaftar, di samping memudahkan urusan bank dan permohonan  pembiayaan,” katanya seperti dipetik oleh Ukas pada Majlis Berbuka Puasa DUBS Cawangan Miri Bersama Media, di sini.

Tambah beliau, Kerajaan Sarawak melalui Kementerian Perdagangan Antarabangsa, Industri dan Pelaburan (Mintred) turut membantu usahawan baharu dari segi pemerkasaan kemahiran dengan mengadakan pelbagai kursus relevan.

Hafidz turut menyeru para usahawan supaya terlibat secara aktif dalam persatuan seperti DUBS yang kini mempunyai 13 cawangan di seluruh Sarawak.

“DUBS sedia membantu usahawan baharu memulakan perniagaan mereka,” tambahnya.

Pada majlis itu, DUBS Cawangan Miri turut menyampaikan sumbangan kepada wakil penduduk dan Ahli Jawatankuasa Kerja (AJK) Kampung Wireless yang terjejas akibat kebakaran pada awal Mac lalu.

BERITA LAIN

Perkukuh daya tahan ekonomi

KUALA LUMPUR: Belanjawan 2027 bertujuan memperkukuh daya tahan ekonomi Malaysia, menyokong perubahan industri dan meningkatkan pembangunan tenaga kerja dalam sektor sarung tangan getah, kata Persatuan

Industri minyak dan gas perluas operasi

KUALA LUMPUR: Industri perkhidmatan serta peralatan minyak dan gas (OGSE) Malaysia di landasan tepat bagi fasa pertumbuhan selanjutnya dan perlu terus memperluas skala operasi, inovasi

BERITA TERBARU

Kelibat Ayu Az’zetty curi tumpuan

BINTULU: Berbekalkan latihan selama sebulan, pendatang baharu muaythai, Ayu Az’zetty Allyya Azmi, mencuri tumpuan apabila mencatat kemenangan menerusi tumbukan teknikal (TKO) pada hari pertama Kejohanan