DISKAUN 50 peratus sewa Skim Perumahan HDC akan dilaksanakan mula Januari hingga Jun depan. Langkah ini akan memberi manfaat kepada lebih 3,200 penyewa Skim Perumahan HDC di seluruh Sarawak. Kos keseluruhan diskaun ini dianggarkan melebihi RM3.0 juta.
“Melegakan penyewa skim perumahan HDC. Sekurang-kurangnya duit diskaun sewa dapat digunakan untuk perkara penting seperti simpanan. Pengumuman ini membuktikan Kerajaan Sarawak di bawah GPS sangat menitikberatkan kebajikan masyarakat Sarawak secara menyeluruh.” – ASHMAIDI NAWAWI
“Ia memberi manfaat dan dapat membantu meringankan beban yang ditanggung rakyat daripada golongan berpendapatan rendah (B40) di negeri Sarawak khususnya penyewa dalam tempoh amat mencabar ini.” – MUNIRAH ZAIDI
“Inisiatif ini mampu memberi kesan baik terhadap poket penuntut. Mereka boleh menggunakan duit sewa itu untuk menampung keperluan asas ekoran peningkatan harga.” – PHILIP UNGGANG
“Terima kasih Kerajaan Sarawak kerana mengambil langkah bijak membantu mereka yang terkesan akibat Covid-19. Saya berharap lebih banyak pihak mengambil inisiatif sama bagi membantu negara dan mereka yang terkesan dengan penularan Covid-19.” – ZATEEL MAWAZINI ADZRINA HOSSINI

Seni Warisan Gambus Lebo
Sesebuah bangsa dikenali melalui budaya, adat dan seni yang diwarisi turun-temurun, kerana elemen itulah yang membentuk identiti serta membezakannya daripada bangsa lain. Apabila warisan itu


