ARTIKEL

Dun Lambir bakal saksikan pertembungan empat hingga lima penjuru

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Penyandang Dun Lambir, Dr Ripin Lamat menjangkakan menerima tentangan daripada empat hingga lima calon parti yang akan bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN-12) nanti.

Katanya ia memandangkan beberapa parti dilihat telah menyatakan keinginan untuk bertanding di kawasan berkenaan.

“Sarawak merupakan negeri yang demokrasi justeru saya mengalu-alukan mereka yang berminat untuk bertanding di Dun Lambir nanti,” jelasnya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui selepas mempengerusikan Sesi Dialog Pengerusi Lembaga Perlesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) Sarawak bersama Persatuan Pelesen Kenderaan Perdagangan Zon Selatan, hari ini.

Dalam pada itu, beliau turut menegaskan bahawa dirinya serta jentera pilihan raya beliau sudah bersedia bagi menghadapi PRN kali ini.

Katanya, tidak kira calon Gabungan Parti Sarawak (GPS) mahupun pihak lawan, semua calon sudah semestinya yakin bahawa mereka boleh menang nanti.

“Saya juga sama, saya yakin kita (GPS) boleh menang dalam PRN-12 yang akan datang,” ujarnya.

Terdahulu, Pengerusi GPS Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg membayangkan lima penyandang kerusi Dun di Miri akan dikekalkan sebagai calon pada PRN akan datang termasuk penyandang Dun Lambir dari Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) iaitu Dr Ripin Lamat.

Untuk rekod, pada PRN-11, Ripin yang bertanding di bawah tiket PBB menang kerusi Dun berkenaan dengan majoriti 4,907 undi sekali gus menewaskan calon PKR, Mohdak Ismail.

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU