ARTIKEL

TINJAU…Datuk Ibrahim Baki (kiri) bersama Datuk Bandar Kuching Utara Hilmi Othman dan yang lain menaiki bot meninjau persiapaan berdepan banjir - Foto Ramidi Subari

DUN Satok siap sedia hadapi banjir

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

KUCHING: Dewan Undangan Negeri (DUN) Satok bersiap sedia dengan segala kemungkinan bencana banjir sepanjang musim Monsun Timur Laut ini.

Ini termasuk menyediakan kelengkapan serta persiapan Pusat Pemindahan Sementara (PPS), bot dan alat pembesar suara, jaket keselamatan termasuk kerjasama agensi-agensi kerajaan serta pengelibatan Pusat Khidmat Dun Satok.

ADUN Satok Datuk Ibrahim Baki berkata, persediaan banjir ini mengambil kira pengalaman banjir besar melanda Kuching pada tahun 2004.

“Kita belajar daripada pengalaman yang lepas, kita lebih tersusun pada kali ini.

“Bukan itu sahaja, kita mempunyai sokongan yang diperlukan seperti ambulans, perubatan, Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) juga terlibat dan dalam masa yang sama pusat khidmat juga bersedia untuk memasak termasuk bekalan yang lain,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media Program Kesiapsiagaan Bencana Banjir Kawasan Dun N8 Satok, di Dewan Haji Kamarudin, Kampung Segedup, di sini, hari ini.

Ibrahim berkata, lima buah bot turut disediakan untuk Kampung Kudei Lama, Kampung Kudei Baru B, Kampung Sungai Maong dan Kampung Segedup bagi memudahkan pergerakan sewaktu banjir.

Selain itu, katanya, sejumlah10 alat pembesar suara dan 30 jaket keselamatan serta 10 buah PPS telah tersedia bagi memuatkan 1,500 ke 2,000 mangsa.

Tambahnya, setiap kampung turut mempunyai Jawatankuasa Menangani Banjir yang berperanan untuk mendidik masyarakat kampung berkenaan banjir.

Mengenai perancangan jangka masa panjang pengurusan banjir di DUN Satok, Ibrahim berkata Kerajaan Sarawak ketika ini sedang menjalankan pelbagai projek saliran dan perparitan.

Katanya, ia termasuk projek mitigasi banjir Kuching fasa dua yang kini sedang dilaksanakan.

Datuk Ibrahim Baki (tengah) menguji khemah kubikel PPS sambil disaksikan oleh Datuk Bandar Kuching Utara Hilmi Othman dan yang lain – Foto Ramidi Subari
SIDANG MEDIA…Datuk Ibrahim Baki bercakap pada sidang media – Foto Ramidi Subari

BERITA LAIN

AIDIL ANGGAP SETIAP AKSI ACL2 SEPERTI FINAL

KUCHING: Setiap perlawanan Kuching City FC perlu dianggap seperti aksi final, termasuk pertemuan dalam Liga Juara-Juara Asia Dua (ACL2) 2026-2027 menentang Kitchee SC di Stadium

BERITA TERBARU