tidak dapat dihubungi sejurus tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz.
Pemergian Allahyarhamah disahkan oleh anak perempuannya menerusi satu hantaran di Threads pada lewat malam Jumaat.
“Assalamualaikum semua, saya ingin memaklumkan bahawa mama saya, Nadiah Kasumawati Binti Abdul Karim telah kembali ke rahmatullah pada 15 Januari lalu, kira-kira jam 8.05 pagi,” tulisnya.
Dalam kenyataan sama, dia memaklumkan ibunya meninggal dunia akibat sakit jantung dan dibawa ke hospital pada hari yang sama sebaik tiba di Jeddah.
“Arwah meninggal disebabkan sakit jantung dan kemudiannya dibawa ke hospital pada hari yang sama arwah tiba di Lapangan Terbang Jeddah.
“Tiada pihak yang memaklumkan kepada kami sekeluarga tentang keadaan arwah sehinggalah malam ini pada jam 11.10 malam. Berita tersebut dimaklumkan oleh pihak agensi pelancongan,” katanya.
Sebelum ini, Nadia Kesuma atau nama sebenarnya Nadiah Kasumawati Abdul Karim, 50, dilaporkan tidak dapat dikesan selepas tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Raja Abdul Aziz, Jeddah pada Rabu lalu.
Allahyarham merupakan antara 21 jemaah yang menyertai kumpulan umrah dan ziarah anjuran sebuah agensi pelancongan bermula 14 hingga 28 Januari ini.
Sementara itu, suami Allahyarham, Dr. Muhammad Kamarul Kabilan Abdullah, turut menzahirkan ucapan dukacita menerusi satu hantaran di Facebook pada awal pagi Sabtu.
“Aku bersyukur kerana dapat menghantarmu hingga ke destinasi terakhirmu.
Aku akan merinduimu selalu,” tulisnya.
Beliau turut mendoakan agar roh isterinya ditempatkan dalam kalangan orang beriman serta dikurniakan keampunan dan rahmat Allah SWT.
Untuk rekod, Nadia Kesuma pernah membintangi beberapa karya termasuk filem Syaitan Munafi k dan Kudeta.



