ARTIKEL

Pemaju Masyarakat Masakan KEMAS Bahagian Sarikei, Dayang Aisah Abang Hashim bersama rakan sepasukannya dari KEMAS Daerah Tanjung Manis, Daramata’siah Jidi menjulang kejayaan cemerlang pada Kejohanan Chef Dunia (WCC) 2026.

Duo KEMAS Sarikei cipta kejayaan cemerlang di Kejohanan Chef Dunia 2026

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

JOHOR BAHRU: Dua pegawai kulinari dari Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) Sarikei melakar pencapaian membanggakan apabila berjaya muncul naib juara dalam kategori Modern Dessert pada Kejohanan Chef Dunia (WCC) 2026 di Persada Johor, semalam.

Kejayaan tersebut diraih oleh Pemaju Masyarakat Masakan KEMAS Bahagian Sarikei, Dayang Aisah Abang Hashim bersama rakan sepasukannya dari KEMAS Daerah Tanjung Manis, Daramata’siah Jidi.

Mereka berjaya menambat hati juri menerusi hidangan pencuci mulut moden berasaskan gabungan rasa Nescafe dan Horlicks yang diketengahkan dengan konsep kreatif serta teknik penyediaan inovatif.

Pencapaian itu sekali gus meletakkan nama KEMAS Sarawak sebaris dengan peserta antarabangsa lain yang mengambil bahagian dalam kejohanan berprestij berkenaan.

Dayang Aisah berkata, beliau sama sekali tidak menyangka penyertaan sulung mereka dalam pertandingan bertaraf dunia itu membuahkan hasil yang cukup membanggakan.

Menurutnya, persaingan sengit daripada chef profesional dan peserta berpengalaman dari pelbagai negara menjadikan pertandingan tersebut sangat mencabar.

“Sepanjang pertandingan berlangsung, kami cuba kekal tenang dan memberikan sepenuh tumpuan terhadap setiap perincian hidangan yang disediakan.

“Sejujurnya kami tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk menang kerana semua peserta menampilkan hasil yang luar biasa. Apabila diumumkan sebagai pemenang tempat kedua, kami benar-benar terkejut dan bersyukur,” katanya ketika dihubungi.

Sementara itu, Daramata’siah berkata, kejayaan tersebut adalah hasil kerjasama erat dan komitmen tinggi yang diberikan oleh mereka berdua sepanjang tempoh persiapan pertandingan.

Katanya, mereka mengambil masa hampir seminggu melakukan pelbagai percubaan resipi dan inovasi bagi memastikan pencuci mulut yang dihasilkan mampu memenuhi standard pertandingan antarabangsa.

“Walaupun pertama kali diberi peluang mewakili jabatan ke kejohanan ini, kami menganggap amanah tersebut sebagai satu tanggungjawab besar. Banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga dilakukan demi memastikan persembahan terbaik dapat diberikan.

“Alhamdulillah segala usaha dan penat lelah akhirnya membuahkan hasil yang cukup bermakna,” katanya.

Beliau turut merakamkan penghargaan kepada Pengarah KEMAS Sarawak, Taufik Mohd. Yusop, Pegawai KEMAS Bahagian Sarikei, Wan Zairul Wan Zin dan Pegawai Kemas Daerah Matu Daro, Jemal Karim serta seluruh warga KEMAS yang sentiasa memberikan dorongan dan sokongan sepanjang pertandingan berlangsung.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU