ARTIKEL

Durian Vietnam terima kelulusan eksport ke China

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

HANOI: Eksport durian Vietnam ke China melalui saluran rasmi sejak September 2022 membuka prospek baharu bagi industri buah-buahan.

Menurut perangkaan Kementerian Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar (MARD), Vietnam mempunyai lebih 100,000 hektar durian dengan pengeluaran tahunan kira-kira 1.3 juta tan.

Bagaimanapun, hanya 3,000 hektar (tiga peratus) daripada jumlah itu memenuhi piawaian untuk dieksport ke China.

Wilayah Delta Mekong Tien Giang dan wilayah Tanah Tinggi Tengah Dak Lak mempunyai kawasan penanaman durian terbesar yang memenuhi standard eksport di negara ini.

Menurut Timbalan Ketua Pengarah Syarikat Eksport Import Dung Thai Son, Vu Ngoc Huy, China adalah pasaran besar dengan kapasiti penggunaan durian yang kukuh.

Firma itu boleh mengeksport 500,000 tan durian segar setahun, menyumbang lebih satu pertiga daripada jumlah pengeluaran durian negara, kata Huy.

Untuk mempromosikan eksport produk ke pasaran yang kukuh ini, Hoang Trung, Pengarah Jabatan Perlindungan Tumbuhan MARD, mengesyorkan perusahaan dan petani sentiasa mengemas kini dan mematuhi peraturan mengenai standard kualiti, ujian, kuarantin, pembungkusan dan penjejakan pasaran China.

Pihak berkuasa kastam China meluluskan 51 kod kawasan pertanian Vietnam dan 26 kod kemudahan pembungkusan yang memenuhi sepenuhnya keperluan untuk eksport ke pasaran China, kata Trung.

MARD meminta pihak berkuasa kawasan selatan untuk meningkatkan kualiti rantaian nilai durian, ke arah memenuhi piawaian untuk mengeksport buah itu, kata Menteri Pertanian dan Pembangunan Luar Bandar Le Minh Hoan.

Agensi khusus telah ditugaskan untuk mengenal pasti kawasan di mana durian boleh ditanam secara mampan, manakala kerajaan tempatan digesa mempunyai dasar untuk meningkatkan hubungan antara petani dan perusahaan eksport. – BERNAMA 

BERITA LAIN

BERITA TERBARU

Kejohanan catur uji kepantasan berfikir

KUCHING: Seramai 80 peserta menyertai Kejohanan Catur Pantas H&L yang dianjurkan oleh Kelab Prihatin Belia Bandaraya Kuching dengan kerjasama Persatuan Catur Negeri Sarawak di Eco

Sarawak punyai keupayaan simpan karbon

KUCHING: Petroleum Sarawak Berhad (PETROS) melancarkan Pusingan Bidaan Sarawak (SBR) 2024, satu inisiatif utama yang bertujuan memanfaatkan geologi tersendiri Sarawak untuk Penangkapan, Penggunaan dan Penyimpanan

Empat pasukan buru gelaran juara Piala FA Serian

SERIAN: Saingan peringkat separuh akhir kempen Piala FA Serian berlangsung Ahad ini (28 Julai). Sekali gus, menyaksikan pertembungan hebat empat pasukan handalan dalam mengintai tiket