ARTIKEL

E-Bengkel Bola Baling dapat sambutan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

PENGANJURAN E-Bengkel Latihan Bola Baling yang dilangsungkan secara maya baru-baru mendapat sambutan luar biasa, menyaksikan 250 peserta telah mengikuti bengkel anjuran Perbadanan Sukan Sarawak (PSS) itu.

Pegawai Penyelaras, Andrea Poni memberitahu, pihaknya tidak menjangka bengkel berkenaan menerima maklum balas yang cukup hebat.

“Seramai 250 orang peserta telah mengikuti bengkel berkenaan. “Mereka terdiri daripada guru, bekas pemain yang pernah beraksi dalam kejohanan pelbagai peringkat ketika mewakili Sarawak suatu ketika dahulu,” ujar Andrea kepada Arena Suara Sarawak semalam.

Katanya, bengkel berkenaan berlangsung selama sehari dan turut disertai beberapa fasilator. Mereka ialah Naib Presiden Persatuan Bola Baling Malaysia (MAHF), Vijaya Kumar A/L Arumugam, Phuah Lai Hock (Jurulatih Bola Baling Kebangsaan) dan Ndrisen Saini (Jurulatih Kekuatan dan Fizikal, Unit Prestasi Tinggi PSS. Andrea menjelaskan pelbagai topik menarik dibincangkan sepanjang bengkel tersebut.

BERITA LAIN

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi

BERITA TERBARU

Wanita maut dalam kemalangan di Batu Niah

MIRI: Seorang wanita berusia 24 tahun maut selepas kereta dipandunya dipercayai merempuh belakang sebuah lori di Jalan Pan Borneo, berhampiran Simpang WTK, Batu Niah, pagi