ARTIKEL

Pemain skuasy negara Ng Eain Yow - BERNAMA

Eain Yow tekad buru kedudukan 10 terbaik dunia

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SEPANG: Selepas merangkul emas di Sukan Asia Hangzhou 2022, pemain skuasy lelaki negara Ng Eain Yow kini berazam untuk memburu kedudukan ke-10 terbaik dunia.

Atlet berusia 25 tahun yang kini berkedudukan ke-18 dunia itu berkata beliau mahu memastikan dapat berada dalam kelompok terbaik dunia, selewat-lewatnya pada Jun tahun depan.

“Untuk musim kali ini, memang saya sasarkan untuk capai kedudukan 10 terbaik dunia, itu sasaran musim ini, sasaran pertama Sukan Asia sudah tercapai,” katanya kepada pemberita selepas selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dari Hangzhou, China hari ini.

Di Sukan Asia Hangzhou, Eain Yow menepati sasaran apabila membenam pemain veteran India Saurav Ghosa,l 9-11, 11-9, 11-5, 11-7, dalam perlawanan akhir perseorangan lelaki semalam.

Eain Yow berkata selepas ini, beliau akan membuat persiapan rapi dalam usaha memburu emas di Piala Malaysia Ace 2023, yang bakal berlangsung di Seremban, November ini.

Dalam pada itu, pemenang pingat emas Kejohanan Perseorangan Asia 2021 itu, turut menyimpan angan-angan untuk melihat sukan skuasy dipertandingkan di Sukan Olimpik Los Angeles pada 2028.

“Saya rasa mungkin ramai orang tak memberi perhatian kepada skuasy sejak Datuk Nicol David bersara, dari zaman beliau lagi ada cakap, kalau Nicol ada peluang tukar lapan world champion kepada satu Olimpik dia mahu tukar.

“Cuma sebab sukan ini tiada dalam Olimpik, kami selalu dengar khabar angin akan dimasukkan dalam Olimpik.

Jadi kalau masuk pasti ia akan lebih popular dan lebih banyak bantuan. Saya harap Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa akan mempertimbangkan perkara ini,” katanya. – BERNAMA

BERITA LAIN

Bintulu singkirkan ATM, mara ke separuh akhir

BINTULU: Juara bertahan Bintulu mengesahkan kemaraan ke separuh akhir Piala Premier Sarawak 2026 selepas menyingkirkan ATM dengan agregat 1-0 meskipun terikat seri tanpa jaringan pada

Atlet muda Muay Thai Sarawak berpotensi besar

BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier

BERITA TERBARU