BINTULU: Presiden Persatuan Muay Thai Negeri Sarawak (PMNS), Jumaat Ibrahim kagum dengan prestasi yang dipamerkan atlet muda yang bersaing dalam Kejohan Muay Thai Piala Premier Sarawak Edisi Ke-10 2026.
Penilaian itu mencakupi penampilan atlet remaja daripada kategori lelaki dan wanita, sekali gus memperlihatkan potensi mereka untuk terus menyerlah pada masa depan.
“Secara keseluruhannya saya begitu kagum dengan prestasi dipamer barisan atlet remaja yang bertanding dalam kejohanan kali ini.
“Saya percaya potensi mereka untuk terus menyerlah amat besar,” ujar Jumaat kepada Arena Suara Sarawak.
Beliau tidak menolak kemungkinan ada kalangan atlet terbabit berada dalam radar PMNS untuk diberi peluang bersaing di peringkat lebih berprestij seperti temasya Sukan Malaysia (SUKMA) dan sebagainya.
Beberapa perlawanan yang melibatkan pelbagai kategori berlangsung hari ini.
Aksi yang melibatkan remaja antara yang mencuri tumpuan apabila wakil pelbagai kelab terlibat memperlihatkan kehebatan mereka.



