ARTIKEL

Edar dadah: Lelaki dipenjara seumur hidup, 15 sebatan

Facebook
Twitter
LinkedIn
WhatsApp
Telegram

JOM BACA E-PAPER SUARA SARAWAK/ NEW SARAWAK TRIBUNE PERCUMA SEAWAL 2 PAGI SETIAP HARI. KLIK SINI

SIBU: Seorang lelaki dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup beserta dengan 15 sebatan atas kesalahan mengedar dadah oleh Mahkamah Tinggi di sini, hari ini.

Hakim Datuk Christopher Chin Soo Yin menjatuhkan hukuman itu selepas mendapati tertuduh, Wee Ee Kai, 28, bersalah mengedar 695.63 gram Methamphetamine kira-kira jam 12 tengah hari pada 19 Jun 2020 di sebuah syarikat kurier di Jalan Tun Abang Haji Openg.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 39B(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 39B(2) akta sama.

Seksyen itu memperuntukkan hukuman gantung sampai mati atau penjara seumur hidup dengan 15 sebatan jika sabit kesalahan.

Chin ketika menghakimi kes tersebut berkata, mahkamah dibiarkan membuat keputusan berdasarkan bukti jelas yang ada dalam kes ini. 

Mahkamah, tegas beliau, tidak mempunyai cara untuk memastikan sama ada wujud mana-mana versi atau sebab lain bagaimana dan mengapa bungkusan dadah telah sampai ke tangan tertuduh.

Chin juga memberitahu di dalam kes ini tertuduh juga telah gagal untuk mempertahankan diri di atas tuduhannya yang disabitkan.

“Saya mendapati tertuduh bersalah sebagaimana yang didakwa dan mensabitkannya dengan sewajarnya. 

“Memandangkan tertuduh memenuhi sekurang-kurangnya tiga syarat pertama dalam seksyen ini, saya dengan sewajarnya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dari tarikh dia ditangkap (18 Jun 2020) dan juga
memerintahkan tertuduh dikenakan 15 sebatan,” tegas beliau.

Tertuduh diwakili peguamnya Daren Ling manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya (DPP) Musli Hamid.

BERITA LAIN

BERITA TERBARU